"PEJALANAN SALIK UNTUK MENUJU JALAN BAQA' SULUK / UZLAH"
Suluk adalah satu bentuk latihan kerohanian yang bertujuan mengosongkan hati daripada sifat-sifat yang keji dan memasukkan sifat-sifat yang terpuji ke dalamnya. Berbagai-bagai jenis ibadat dilakukan semasa bersuluk. Bentuk latihan dan ibadat yang terperinci bergantung kepada guru mursyid masing-masing. Semasa bersuluk itu seseorang mungkin mengalami atau merasai sesuatu yang dinisbahkan kepada ketuhanan, Di mana hijab terangkat dan orang yang berkenaan menyaksikan atau merasakan suasana alam ghaib. Suasana yang menguasai hati itu dinamakan jazbah dan hati yang dikuasai oleh jazbah itu dikatakan berada dalam zauk. Perkara atau pengalaman yang dizaukkan itu dinamakan hal. Jazbah itu terjadi ketika seseorang itu hilang kesedaran terhadap dirinya dan alam maujud sekaliannya. Kelenyapan kesedaran itu dinamakan fana. Seseorang itu mengalami kefanaan tatkala terbuka hal-hal ketuhanan kepada hatinya. Selepas melalui kefanaan seseorang memperolehi semula kesedaran dirinya tetapi dalam keadaan merasakan dirinya berada bersama-sama Allah S.W.T . Suasana yang begini dinamakan baqa.
Rasulullah Sallahu Alayhi Wasallam juga mengasingkan diri untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
Baginda pergi ke Gua Hira bertafakkur dan menunaikan ibadat. Jauh dari masyarakat, bersendirian mencari kebenaran..mencari kekuatan rohaniah dan kekuatan diri.
Apabila Rasulullah Sallahu Alayhi Wasallam berkhalwat di gua hira'..Tiba-tiba datang Malaikat Jibril AS dengan rupa yang asal. membawa sehelai kain sutera yang bertulis, Lalu malaikat memeluk nabi dengan erat sambil berkata. Bacalah dan dia menjawab: Aku tidak tahu membaca. Sekali lagi Jibril memeluknya. Ia menyuruh lagi katanya: Bacalah..Rasulullah terus bertanya,.Apakah saya akan baca? Ketika itu Jibril terus membaca firman
Allah Taala:
Allah Taala:
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah. Yang mengajar dengan perantaraan pena. Ia mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahuinya." (Surah al-Alaq :1-5)
Rasulullah Sallahu Alayhi Wasallam Dalam keadaan jazbah..Nabi Sallahu Alayhi Wasallam keluar dari gua itu. Ketika sampai di lembah bukit, baginda terdengar suara dari arah langit, katanya: Wahai Muhammad.. Engkau rasul dan aku Jibril.. Nabi mendongak ke langit kelihatan Jibril dalam rupa seorang lelaki. Baginda tidak berganjak dari tempatnya, tidak ke depan dan tidak ke belakang. Setelah Jibril menghilangkan diri, Nabi segera pulang ke rumah mendapatkan isterinya Khadijah. Dengan perasaan gerun dan terperanjat baginda meletakkan kepalanya di atas paha Khadijah sambil berkata, Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku..ini lah peristiwa kerohanian Rasulullah Sallahu Alayhi Wasallam di gua hira'..
Bermulalah babak baru dalam hidup Rasulullah Sallahu Alayhi Wasallam Hidup yang mengubah dunia dari gelap kejahilan kepada cahaya kebenaran dan ilmu kerohanian. Kehidupan baginda menjadi contoh teladan yang unggul bukan sahaja dalam bidang kehidupan rohani,malah membawa ummah kepada takarrub Ilallah..
No comments:
Post a Comment