Trending

Saturday, 31 August 2019

Mahaguru Gayong Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman Gemar Mengangkat Besi Berat


"Mahaguru Gayong Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman Gemar Mengangkat Besi Berat"
Dalam melakukan latihan fizikal, Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman gemar mengangkat besi angkat berat. Beliau sangat mementingkan kekuatan otot dan fizikal. Terdapat 3-4 besi angkat berat di rumah beliau. Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman biasanya akan melakukan angkat berat sebanyak 100 kali di samping tekan tubi sebanyak 100 kali juga pada setiap awal pagi. Selain daripada senaman angkat berat, Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman juga sering melakukan senaman untuk kekuatan otot perut dan senaman pernafasan. Allahyarham Dato’Meor Abdul Rahman pernah memecahkan dinding batu konkrit dengan tumbukannya. , Kadang beliau menggunakan baldi yang berisi air sebagai alat angkat beratnya. Beliau akan mengangkat baldi tersebut turun-naik dan tidak akan berhenti selagi air di dalam baldi tersebut masih ada.
Untuk menguatkan otot kaki, Dato’ Meor Abdul Rahman akan membuat senaman tapak itik, iaitu berdiri sebelah kaki dan membuat gerakan turun-naik sehingga 100 bilangan. Kadang-kadang kerusi digunakan sebagai sokongan(untuk dipegang bagi mengimbangi badan). Menurut Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman, senaman ini amat penting untuk memperbaiki teknik tendangan. Dalam hal senaman angkat berat, Dato’ Meor Abdul Rahman lebih menumpukan kepada kekuatan otot tangan. Beliau sering menekankan tentang keperluan kekuatan tangan dan kaki dalam persilatan.
Bissirril Al-Fatihah
Dato Meor Abdul Rahman
(1915 - 1991)


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts