Trending

Saturday, 17 August 2019

APA SOP JENIS BAJA YANG PERLU ANDA STANDBY


APA SOP JENIS BAJA YANG PERLU ANDA STANDBY?
.
.
Salam semua, maaf lewat sikit posting kali ni. Tapi ada perkara penting kami nak Share kt tuan puan semua berkenaan jenis-jenis baja yg perlu anda siap-siap lagi2 anda yang dh ada kebun milik durian sendiri ☺️.
Posting ini kami fokuskan untuk anda yang dah punya kebun durian telah berbuah. Kalau tak berbuah lgi xde mslh, just ambik point mula2 je untuk pokok yg baru kecil/baru tanam.
So guys, tak banyak benda pun perlu korang standby. Ini hanya baja sahaja, tak termasuk racun, vitamin pokok, kawalan serangga perosak dll ya.
Jadi apa yang perlu ada?
.
.
Beli baja:
1. 12-12-17-2+8S+TE (free chloride lg bgus)
-ni untuk Fasa 1 sebelum pkk berbuah. Pokok dewasa ya, bukan baru tanam. Dose bergntung pd saiz pokok.
2. Foliar merah utk buah
- Guna Fastgrow terbaik! Nak order tanya Ben Hamzah ya ðŸ˜Š. Foliar penting untuk serap pd batang dan bawah daun. Baja npk pula utk serap dlm tanah. So, foliar merah ni setiap fasa mesti guna utk pkk dh berbuah.
3. MKP. Brand Benegro. Nisbah 0-52-34.
- Kalau ada. Xada, apa2 brand boleh. Asalkan MKP. Lagi sekali saya sebut. Free chloride lgin bgus!
4. Novatec premium (15-3-20 2MgO+10S+0.02B+0.06Fe+0.01Zn+TE) chloride free.
- ni untuk Fasa 2 pulak. Bila kena tabur? Ya, kena tabur bila putik buah tu sebesar saiz bola tennis, bukan bola ping pong. Bg sehingga semua buah luruh. Kekerapan 3minggu sekali diiulangi sekali dengan foliar merah dn MKP.
5. Organik 5:5:5+TE/8:8:8+TE
- haa, ni pulak Fasa Pemulihan. Setelah semua buah luruh. Kita kasi 2-3kampit baja organik sepokok. Tambahan juga, sembur dngn foliar hijau untuk diserap pada daun.
6. YaraMila 15-15-15/16-16-16
- last sekali tuan puan, tabur baja ni 2-3kg pd pkk utk 3-4bulan interval ya. Pemberian dilakukan setelah sebulan pemberian baja organik.
.
.
Okayh, itu serba sedikit info yg saya sebutkan. Dah tahu ni, standby terus bang beli. Cerita ni untuk anda yg dh ada kebun durian dh berbuah. Kalau baru tanam cukup pakai baja pd point no 5 dan 6 ya. Kekerapan npk 2bulan sekali. Organik sebulan sekali ☺️


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts