Trending

Friday, 16 August 2019

Begini Cara Buat Baja Nitrogen Dari Air Kelapa Untuk Percepatkan Pertumbuhan Tunas Dan Dahan Durian


Baja merupakan elemen terpenting yang diperlukan pada tanaman supaya membesar dengan subur dan sihat. Tanpa baja, tanaman tidak subur dan lambat membesar kerana tidak mendapat makanan yang cukup.

Pokok perlu dibaja sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan dengan teratur dan mengikut sukatan. Jika terlebih sukatan kemungkinan tanaman akan kepanasan dan boleh mengakibatkan pokok mati. 

Pernah sekali saya tabur baja berlebihan pada pokok durian musang king kerana terlalu gelojoh, nak pokok cepat membesar, mula-mula daun berubah menjadi kuning dan gugur satu-satu, akhirnya mati. 

Artikel kali ini dikongsikan oleh encik Fauzi melalui page Berkebun Sebegai Hobi, bagaimana membuat baja Nitrogen (NPK) dari air kelapa.

Fungsi baja NPK

Nitrogen (N) - Berfungsi sebagai tumbesaran tumbuhan dan ia juga membekal pertumbuhan pada ranting dan daun. Kekurangan baja N menyebabkan pokok tidak sihat dan terbantut. Berlebihan nilai N akan sebabkan kekurangan bunga dan buah.

Phosphorus (P) - Fungsi sebagai penyalur perkembangan bagi pembentukkan bunga yang sihat dan benih. Kekurangan P akan menyebabkan tiada pembentukkan bunga dan buah Nilai P berlebihan tidak memberi kesan pada tumbuhan tetapi bermanafaat untuk media.
.
Potassium (K) - Fungsinya adalah membekal, menstimulasi pertumbuhan tisu baru, pembesaran batang, buah dan bunga dan meningkatkan nilai kemanisan buah. Kekurangan unsur K akan menyebabkan pokok terbantut, kekurangan buah, bunga, saiz batang yang kecil dan rasa buah yang hambar. 

CARA BUAT BAJA NITROGEN DARI AIR KELAPA
"Hari ini saya nak share cara buat baja organik yang kaya dengan nitrogen. Nitrogen merupakan baja asas untuk setiap pokok. Baja asas ada 3 unsur iaitu nitrogen (N), phosphorus (P), kalium (K) yakni nama singkatannya ialah N:P:K. 

Jika korang tengok pada setiap label baja, dia ada tulis NPK 15:15:15 sebagai contoh kandungan pada baja tersebut. nombor atau nisbah pada setiap baja adalah berbeza mengikut keperluan tanaman. 

Jadi baja kita nak buat ini unsur N saja dengan nisbah 46:0:0

1. Bahan-bahannya adalah

i. 5 liter air kelapa (boleh dapatkan di tempat orang jual santan segar)
ii. 500g gula merah
iii. 500g kacang soya

Cara buat:

1. Campur semua bahan tadi dalam 1 bekas, goncang bagi sekata.
2. Kemudian tutup bekas tadi dengan kain supaya oksigen dapat masuk dalam bekas..
3. Peram selama 2 minggu di tempat gelap. Jika iada tempat gelap, bungkus dengan plastik hitam       macam dalam gambar di bawah.
4. Lepas 2 minggu, tapis ambil patinya sahaja.

Cara guna:

Ambil satu sudu makan air pati baja campur 10 liter air tanpa klorin, sembur keseluruhan pokok 7-10 hari sekali. Baja nitrogen ni sesuai untuk pertumbuhan vegetative pokok.

Selamat mencuba!




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts