Trending

Thursday 22 August 2019

ANAK BENIH DURIAN MUSANG KING HYBRID TERUS UNGGUL



ANAK BENIH DURIAN MUSANG KING HYBRID TERUS UNGGUL

Hampir setahun lalu Hybrid Nursery mengumumkan kejayaan mengeluarkan anak benih Durian Musang King Hybrid yang pertama di Malaysia hasil kerjasama penyelidikan dengan pakar pembenihan dari Thailand, menggunakan mata tunas pokok induk Durian Musang King Hybrid generasi pertama yang sudah berbuah di Hybrid Agro Farm.

Walaupun ramai yang mempersoalkan kebolehan kami dan kejayaan itu, Hybrid Nursery tidak pernah berputus asa, sebaliknya terus menjalankan kajian demi kajian lapangan berdasarkan 400 anak benih kumpulan pertama yang kami tanam dan jual kepada pelanggan terpilih.

Alhamdulillah selepas beberapa bulan ditanam di kebun, anak benih Durian Musang King Hybrid keluaran kami telah menunjukkan ciri-ciri tumbesaran dan ketahanan cuaca yang memberangsangkan serta diperakui oleh pelanggan kami.

Antara pelanggan kami ialah Encik Lee di Jeram Besu Raub Pahang dan Encik Dalgit Singh yang menanam anak benih Durian Musang King di kebun beliau di Bentong Pahang (gambar anak benih yang ditanam di kebun beliau dan screenshot WhatsApp laporan beliau)

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut mengenai anak benih Durian Musang King Hybrid kami, sila WhatsApp ke 0129288288







Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts