Friday, 16 August 2019
Durian jerung ada kelas tersendiri
MARANG - Ketibaan musim durian ketika ini menjadikan mukim Jerung di daerah ini meriah dengan kunjungan orang ramai dari luar kawasan yang ingin menikmati raja buah tersebut.
Bukit Jerung, Bukit Gondang dan Bukit Temiang merupakan antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk para peraih dari kawasan luar untuk mendapatkan durian.
Bagi seorang peraih, Ismail Abdullah, 50, durian dari mukim Jerung yang turut dikenali durian jerung mendapat permintaan tinggi malah kawasan itu dikenali sebagai pengeluar buah durian terbaik dari segi rasa dan kualitinya di Marang.
Ismail berkata, antara jenis jenis durian lain yang mendapat permintaan tinggi adalah kucing tidur, kampung, serta pelbagai jenis lagi.
“Dahulu durian dijual secara longgok tetapi kini timbang dan harganya mengikut saiz.
"Harga saya beli daripada pemilik dusun durian lebih kurang RM5 sekilogram,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, seorang pemilik dusun, Wahab Mahmud, 61, berkata, kebiasaannya pemilik dusun durian akan mengutip durian pada waktu pagi dan dijual kepada peraih selepas itu.
Menurutnya, durian jerung ada kelas yang tersendiri dari segi bentuk, saiz, rasa dan kualitinya.
"Itu yang sering dikatakan oleh peraih apabila membeli durian jenis ini di sini.
"Durian jerung dikatakan enak mungkin disebabkan ia ditanam di kawasan tanah yang berbukit bukau di sini,” katanya.
Wahab berkata, durian merupakan antara sumber pendapatan penduduk di sini sejak dahulu lagi dan dusun yang dimiliki sekarang diwarisi secara turun-temurun.
"Suasana di sini ibarat pesta pada musim durian berikutan ramai orang datang termasuk dari jauh untuk membeli durian dan ia juga menjadi masa sesuai buat ahli keluarga berkumpul," katanya.
Labels:
Pertanian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
ASMA' SUNGE RAJEH LENGKAP. IJAZAH ASMA' RAJEH DIRAJEH. 2 Sanad. Assalamu’alaikum wr wb para sahabat-sahabat ahli Kampus seka...
-
KEDAHSYATAN DZIKIR HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIL. NI'MAL MAULA WA NI'MAN NASIR. Assalam...sahabat-sahabat yang aku hormati se...
-
IJAZAH SHOLAWAT ADRIKNI KUBRO. Assalamualaikum wr wbt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua. Tidak kira dimana jua berada, baik d...
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
SUBHANALLAH!TRENDING DAN VIRAL GAMBAR2 BUDAK2 BERTUDUNG MELAYU SELFIE TGK AIR MANI DIMUKA!! APA NAK JADI!KORANG TGK BYK LAGI GMBAR2 DAN V...
-
Cukup payah untuk saya sebut "sebenarnya", kerana yang "benar" itu hanya milik Tuhan. Tetapi tentang ini, saya akui...
-
KUNCI MEMANGGIL KHODAM DOA NURUN NURBUAT. DOA NURBUAT - NURUN NURBUWAH - CAHAYA KENABIAN. Itulah beberapa penyebutan doa ya...
-
anak pokok durian hybrid rendah iaitu batang mas...sejenis musang king kawin bangkok mempunyai ciri2 -max tingi 6-8kaki shj -seawal 3...
-
ASMA' RAJEH DI RAJEH NAGA PUTIH. Pada kesempatan ini aku ijazahkan asma' kebanggaan aku yaitu RAJEH DI RAJEH NAGA PUTIH kepada...
-
SHOLAWAT SAKTI MUQORROBIN. Assalam sahabat-sahabat ahli Kampus yang aku hormati semuanya. Aku ijazahkan sholawat Sakti Muqorrobin kepa...


No comments:
Post a Comment