Trending

Saturday, 17 August 2019

PENJAGAAN POKOK DURIAN DALAM POLIBEG


S.O.P PENJAGAAN POKOK DURIAN DALAM POLIBEG
.
.
alhamdulillah, baru kesempatan nak tulis info penting ni sebagai memenuhi permintaan rakan2 yang bertanya. Sebelum tu, saya nak minta maaf jika ada penulisan saya yg kurang. Kalau ada yg terkurang @ tersilap tegurlah saya. Saya hanya budak praktikal yang baru bertatih.
.
.
Saya ringkaskan utk mudah faham..
Pertama sekali, media tanah! bila beli pokok dalam polibeg. Anda akan jumpa 2 jenis tanah ni:
1. Tanah merah 100% (benih tempatan)
2. Tanah + Serkam padi (benih Thailand)
Pemerhatian saya selama ni, medium tanah 100% dlm polibeg menyebabkn akar sakit krna tanah akan mengeras lama kelamaan dn daun akan menguning. Kita akan sangka pkk kita berlaku klorosis (daun kuning) dan terbakar. Tp hakikatnya faktor tanah punca tumbesaran terbantut. Berbanding pula dngn tanah yg bercmpur dngn serkam padi krna medium tanahnya yg lembut dn serkam berfungsi untuk menyerap lebihan air. So kalau jdi cmni, flush tanah tu dngn air hingga media tanah gebu dn lembut.
Seterusnya, saiz polibeg!
Ya, saiz polibeg penting untuk tumbesaran pkk. Kalau tuan puan nak jaga dlu benih sampai ketinggian 4-6 kaki sebelum pindh ke tanah. Jadi kena tukarlah polibeg. Kalau x tukar xhairan lah pkk maintain xbesar2. Sbb akar xboleh menjalar dlm ruang yg terhad, Apa kena buat? pakai polibeg saiz 8x12” sampai umur 1 tahun pastu tukar ke 18x24”.
Campurkan dngn 3 medium tanaman ni:
Antara yang disyorkan ialah 1:1:1
Tanah Topsoil:Compost:Cocopeat
Kalau nk senang pakai serkam padi pun boleh. Kalau nak pakai cocopeat juga, kena pastikan beli yang dah proses dan dibuang garam kat cocopeat tu. Kalau tidak pokok jadi tak sihat. Haa, dah siap tukar tu siram air 2x shri pg dn petng. Kalau MK ckuplah siram 1x shri wkt pg. Time hujan xperlu siram dh. Jngn siram pokok tu kena daun batang semua sekali. Siram kat tanah dalam polibeg tu saja bagi basah tak sampai banjir. Sebb kena daun mudah serangga nk hinggap, batang pulak basah mudah pula kena kanker.
Next.. Pembajaan!
Sebenarnya pembajaan pkk dalam polibeg adlh sedikit tp lebih kerap berbanding pokok yg dah tanam. Sebentar tadi saya suruh tukarkan polibeg lebih besar kan. Tahu tak kalau pkk dlm polibeg kecik, korang tabur baja organik ke npk ke yg xsmpai 2sudu sekalipn tiba2 daun terbakar. Haa.. ni lah salah satu puncanya. baja akan terkumpul di hujung daun menyebbkan terbakar di 'periphery' bermula dari hujung.
Untuk pembajaan ni ckup korang sediakan baja tahi ayam proses (pelet) , 5-5-5 , 15-15-6-4, baja foliar hijau, EM, Cuka Kayu.
1. Pengunaan baja butir. Kalau campur cukup lah satu sudu teh untuk 2minggu sekali. Kalau x cmpur organik sebulan sekali. NPK 2bulan sekali. Haa yer, cari yg ada unsur TE. Saya syorkan brand Real Strong utk nisbah 5-5-5-2 + EM sbb free2 dh ada EM, jimat xyah beli EM dh. Em dngn organik harus seganding sbnrnya. Manakala, brand AgroBridge untk nisbah 15-15-6-4 + TE sbb low chloride xrosakkan akar pkk.
2. Spray baja foliar hijau seminggu sekali. Tak kisah brand apa asalkan yg berkualiti lah kan! Saya guna foliar CytoAuxins. Foliar ni ada unsur surih (utk bina pigmen hijau pd daun dn ekstrak rumpai laut. Fungsi untk kesuburan pkk. Kalau nk order boleh pm saya ya..
3. Spray EM dn Cuka Kayu secara selang seli seminggu sekali. EM berfungsi sebagai antibodi kpd pkk dri terkena penyakit manakala cuka kayu berfungsi sebagai mengawal makhluk perosak dn mikroorganisma pd tanaman. EM korang sembur keseluruhan pkk dn tanah. Cuka kayu spray bwh daun wkt awal pg dan hujung ptng (masa ni liang stoma daun terbuka dn senng menyerap foliar).
nota penting: Berhati2 melakukan pembajaan dari overdose. Tips nak tahu pkk OD baja adalah daun akan hangus dihujung jika terlebih baja butir mahupun organik @ kimia. Manakala daun akan ada tompok2 hitam bermakna terlebih foliar.
.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts