Trending

Friday 2 August 2019

SELINGAN CERITA PENDEK. BUKAN CERITA SERAM


SELINGAN: CERITA PENDEK. BUKAN CERITA SERAM
Pada penghujung tahun 2008 iaitu selepas saya tamat belajar di Institut Perguruan Sarawak Miri dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, saya banyak menghabiskan masa merawat pesakit di rumah ibu saya di R.P.R Sebiew Bintulu.
Pada suatu malam, setelah selesai melakukan rawatan saya dan kawan-kawan berehat sambil berborak-borak. Tidak lama kemudian datang beberapa orang lelaki ke rumah ibu saya.
Mereka berjumpa dengan abang saya iaitu Ustaz Amir dan Shamsul untuk meminta pertolongan kerana beberapa malam sudah mereka diganggu semasa berada di rumah tersebut.
Rumah tersebut terletak di sebelah lorong ibu saya. Jadi perjalanan ke sana cuma mengambil masa 2-3 minit sahaja.
Sebelum itu saya difahamkan beberapa malam yang lepas hampir semua penghuni rumah tersebut diganggu dengan bunyi bayi menangis, suara perempuan menggilai, barang di rumah beralih tempat.
Cuma kemuncaknya adalah pada malam itu mereka semua lari bertempiaran keluar rumah kerana dibaling dengan menggunakan bantal dan tilam. Saya tidak tahu bagaimana hendak membayangkan suasana ketika itu.
Itu menurut cerita mereka. Boleh jadi benar dan boleh jadi tidak. Kami mengambil keputusan untuk pergi ke rumah tersebut. Semasa sampai di sana kami lihat di dalam belasan penghuni rumah telah keluar dan menunggu kedatangan kami ke sana.
“Assalamualaikum..”
“Wa’alaikumsalam ustaz.”
Lalu kami bersalam.
“Jom Masuk..”
“Ustaz soranglah yang masuk..”
“Kamu semua tak nak masuk ke?
“Tak payahlah ustaz. Nanti kalau kami dah masuk tak-keluar-keluar pulak.”
“Oklah tu. Dari keluar tapi tak masuk-masuk lepas tu.”
Mereka memandang sesama sendiri.
Sebenarnya sayapun tak faham apa yang saya sebut ketika itu. Sekadar gurauan. Tapi mereka sendiripun tak faham juga. Jadi saya simpan sahaja gurauan tanpa senyuman ini.
Saya dan kawan-kawan masuk ke dalam rumah tersebut. Tiada yang menarik. Agak bersepah sedikit. Maklumlah. Rumah orang bujang. Mereka menyewa di rumah tersebut. Aroma bau rokok yang masih kelihatan berkepul di ruangan rumah. Sempat juga saya usap-usapkan mata yang berair. Mungkin kesan dari asap rokok tadi.
Selepas meninjau persekitaran rumah, dari tingkat bawah ke tingkat atas, berlegar-legar di halaman rumah tersebut. Akhirnya kami keluar dan berkumpul semula bersama penyewa-penyewa tersebut.
“Alhamdulillah rumah ni takda masalah.” Terang saya kepada mereka.
“Ada ustaz. Ustaz tak percaya ka?”
“Bukan tidak percaya. Tetapi memang tidak ada.”
“Kalau begitu apa yang kami lihat dan alami semua ini bohonglah” ucap seorang dari kalangan mereka dengan agak kasar. Mungkin tidak berpuashati dengan penjelasan saya.
“Beginilah. Insyaallah rumah yang kamu diami sekarang selamat. Tiada apa-apa gangguan Insyaallah.”
“Tapi ustaz, pagi tadi kami ke rumah jiran sebelah. Dan kami minta makcik datang ke rumah kami untuk meceritakan tentang masalah rumah kami. Semasa kami tengah berbual dengan makcik tersebut tiba-tiba tv kami hidup dengan sendirinya. Saya sempat memerhati remote tv dan astro tersusun cantik di hadapan tempat meja kami duduk. Kami semua terdiam sambil memandang remote tersebut. Tidak lama lepas tu makcik tu balik..”
“Hantu remote ke tu ustaz..?” Salah seorang dari mereka bertanya.
Saya tidak mahu menjawab kerana saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Agar mereka jangan terlalu takut.
Saya kemudiannya menjelaskan kecelaruan fikiran mereka.
“Insyaallah rumah kamu selamat. Tiada gangguan jin dan sebagainya. Cuma sebagai seorang muslim saya agak kecewa kerana rumah yang kamu diami sekarang penuh dengan tin-tin dan botol-botol arak. Apabila kita berada jauh dengan Allah, Allah akan jauhi kita. Pada masa itulah syaitan datang dan menganggu kita dan membisikkan kejahatan dalam diri kita.”
Kemudian saya bacakan Surah Al Falaq dan menjelaskan pengertian surah tersebut kepada mereka agar mereka faham bagaiman tipu daya syaitan ini. Firman Allah dalam Surah Al Falaq ayat 1-5;
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Rab Yang Menguasai subuh. Daripada kejahatan makhluk-Nya. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul Dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki.”
Mereka hanya terdiam sahaja. Saya peringkatkan kepada mereka sekali lagi bahawa gangguan pada rumah mereka bukanlah kerana ada penunggu. Tetapi mereka sendiri yang telah mengundang syaitan untuk datang ke rumah dan menganggu mereka.
Apatah lagi kalau sekiranya sudah mabuk, macam-macam sahaja benda yang boleh kita khayalkan. Akhirnya saya dan kawan-kawan meminta izin untuk balik.
Kerana hari sudah jauh malam. Kami tinggalkan mereka dengan persoalan yang mereka ciptakan sendiri.
Setahun selepas itu rumah tersebut telah dijual oleh pemiliknya. Orang Miri Sarawak dan bekerja di KL.
Yang menariknya bagi saya adalah rumah tersebut telah dibeli sendiri oleh saya dan isteri saya pada tahun 2009.
Dan di sinilah kami menetap iaitu dari tahun 2009 sehingga sekarang.
Saya pernah juga ditanya oleh kawan-kawan lain.
“Kenapa ustaz beli rumah yang berhantu? Tak takut ke?”
“Insyaallah. Takda hantu. Rumah yang berhantu adalah rumah yang kita undang hantu untuk bertamu ke rumah kita. Dengan cara tidak solat, tidak mengaji dan tiada suasana islami di rumah tersebut.”
“Tapi ustaz. Ustaz tak apalah. Ustaz boleh pagar rumah ustaz sendiri nanti untuk halaukan gangguan semua ni. Ustaz pernah pagar rumah ustazkan?”
Saya jawab,
“Alhamduillah. Dari mula-mula kami tinggal di sini hinggalah sekarang saya tidak pernah sekalipun memagar kawasan rumah saya. Kerana saya yakin Allah itu sentiasa ada dan berada dekat dengan kami sekeluarga.”
Kawan-kawan saya cuma mengangguk-ngangguk.
Cuma kadang-kadang semasa tidur, saya terdengar juga bunyi pelik. Iaitu bunyi dengkur saya sendiri..
p/s: Ini cerita untuk selingan sahaja. Bukan cerita Seram yang ke 5. Insyaallah saya akan post dalam beberapa hari lagi..
Kung Pow Arena


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts