Abang kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30, mengakui lelaki yang mirip wajahnya dalam keping gambar yang tular hari ini adalah dirinya.
Syed bagaimanapun menafikan bahawa wanita yang duduk di celah kang’kangnya pelakon Emma Maembong.
“Ya, lelaki dalam kedua-dua gambar adalah saya tetapi wanita yang bersama saya di dalam bilik itu bukan Emma seperti yang didakwa.
“Itu adalah wanita lain dan gambar tersebut diambil kira-kira empat tahun lalu,” katanya memetik laporan MHE TV.
Namun, Syed akui wanita yang kelihatan menerusi gambar yang diambil dalam sebuah restoran adalah Emma.
Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama Syed Abdullah.
Pada 19 Januari lalu juga, Emma memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai termasuk ucapan hari jadi.
No comments:
Post a Comment