AMALAN BATIN KUNO MELAYU.
AMALAN 7 HARI.
AMALAN 7 HARI.
Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat dan salam senantiasa dihatur kepada Junjungan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dengan mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan secuil pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua. Insha Allah...
Ketika aku di APC@ Asia Paranormal Club, banyak mendapat email dari ahli-ahli dan pelatih-pelatih yang meminta ilmu Melayu yang kononnya menyaingi segala keilmuan di Tanah Melayu ini yang bernama Amalan 7 Hari. Entah dari mana mereka mendapatkan sumber ini, tiadalah aku ketahui. Walaupun keilmuan tersebut pernah aku amalkan suatu waktu dahulu, namun tiadalah aku mengetahui yang ia adalah sehebat yang digambarkan mereka melainkan yang diberitahu oleh guru aku sahaja itulah yang menjadi pegangan aku selama ini. Dengan berpegang pada kalimat Melestarikan Warisan Budaya, maka di sini akan aku terangkan secara ringkas berkenaan ilmu tersebut agar tidak menjadi suatu misteri pula bagi penggemar dan pemburu keilmuan Melayu...
Nasab keilmuan ini tiadalah aku ketahui secara jelas, melainkan diceritakan oleh guru aku, keilmuan ini didapati oleh seorang pendekar yang pergi bertapa ke sebuah gunung. ( Datuk Panglima Gelam namanya kalau tidak silap aku dan gunung itu bernama Gunung Angsi, di kawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan ). Pemergian pendekar ini untuk bertapa adalah semata-mata ingin melengkapkan amalannya yang digelar orang Amalan 7 Hari.
Dan kemudian, keilmuan ini diajarkan pula kepada anak-anak muridnya yang kemudian mengembangkannya pula kepada perguruan yang diasaskan oleh mereka di kampung halaman mereka selepas pada kematian Datuk Panglima Gelam ini. Dan kemudian tumbuh dan subur di Tanah Melayu ini sebagai salah satu keilmuan tingkat tinggi yang kebiasaannya dirahsiakan dan dijadikan keilmuan khusus sesuatu perguruan...
Kelebihan ilmu ini, menurut pada penerangan guru aku adalah berfungsi sebagai :
- Pendinding.
- Pagar Diri.
- Anti senjata tajam dan tumpul.
- Kekuatan ghaib yang besar.
- Meningkatkan kekuatan batin dan tenaga dalam.
- Kewibawaan.
- Penggerun bagi musuh-musuhnya.
Penangkal ilmu hitam dan sihir/santet/santau yang kononnya diceritakan, pernah ada dukun/bomoh yang cuba menyihir pengamalnya akhirnya tewas dan musnah sendiri hingga mengakibatkan kematian pula kepada dukunnya walaupun si pengamal tidak langsung melakukan apa-apa.
- Pagar Diri.
- Anti senjata tajam dan tumpul.
- Kekuatan ghaib yang besar.
- Meningkatkan kekuatan batin dan tenaga dalam.
- Kewibawaan.
- Penggerun bagi musuh-musuhnya.
Penangkal ilmu hitam dan sihir/santet/santau yang kononnya diceritakan, pernah ada dukun/bomoh yang cuba menyihir pengamalnya akhirnya tewas dan musnah sendiri hingga mengakibatkan kematian pula kepada dukunnya walaupun si pengamal tidak langsung melakukan apa-apa.
Ini juga bermaksud, ilmu ini berfungsi sebagai pertahanan semulajadi dan berfungsi secara automatik apabila ada anasir-anasir yang cuba mengancam keselamatan pengamalnya atau apabila pengamalnya merasa terancam, dan ia pula bertindak balas secara automatik nya pula menghancur leburkan ancaman tersebut sehingga pengamalnya berada dalam keadaan aman dan tenteram.
Nah, disinilah kekuatan ilmu tersebut yang dicari-cari oleh mereka di Alam Melayu ini yang berminat melanjutkan pembelajaran kebatinan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Namun keilmuan ini dirahsiakan oleh kebanyakan guru-guru di Tanah Melayu ini dan hanya murid-murid mereka yang terpilih sahaja yang akan diperturunkan keilmuan ini oleh kerana ketinggian keilmuan ini sendiri. Aku diperturunkan keilmuan ini oleh guru aku, Pendekar Tua Rembau, Haji Syukor (Almarhum) genap sebulan sebelum pemergiannya. Dan aku juga, mengikut pengetahuan aku, adalah muridnya yang terakhir yang diperturunkan keilmuan ini selain dua saudara seperguruan aku yang telah terlebih dahulu diperturunkannya, iaitu Abang Mat xxx yang kini bertugas sebagai anggota tentera di Sarawak, dan Abang xxxxx yang kini mengasaskan Perguruan Seni Silat Gerak Persaudaraan di Negeri Sembilan. Hanyalah kami bertiga sahaja yang diamanahkan dengan amanah yang sebegini besar, untuk mendidik pendekar-pendekar muda dan dilatih untuk mempertahankan tanah air dan agama. Insha Allah...
Namun, sehingga kini, aku hanya pernah memperturunkan keilmuan ini kepada tiga orang sahabat aku, Edy Triswanto dari Brunei, Nasir Anglir dari Banting, Selangor dan Andi dari Indonesia tanpa memberitahu mereka bahawa keilmuan ini mempunyai khasiat yang sangat besar, melebihi apa yang telah aku terangkan pada mereka kerana aku bimbang, segala penat lelah aku membimbing mereka, meletakkan mereka di bawah pengawasan aku dalam penurunan ilmu, mencurahkan keilmuan aku supaya satu hari mereka akan menggantikan tempat aku, akan hilang apabila niat mereka akan terpesong dalam mengejar kesaktian semata-mata tanpa mengambil kira lagi tawakal dan istiqomah serta menyerahkan segala ketentuan pada Yang Maha Esa.
Tetapi, dengan khasiat ilmu ini yang begitu besar, tidaklah elok aku menyimpannya sendiri. Mana tahu ia mungkin berguna pada sahabat-sahabat pula. Atas semangat Melayu Raya, maka dengan lafaz Bismillah, aku, Tok Penjejak Badai perturunkan keilmuan ini dengan sempurna kepada ahli-ahli Kampus Tok Badai dan sahabat-sahabat FB semua sebagai salam persaudaraan dari aku. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada masyarakat umum dan juga di dunia dan akhirat. Aamiin Ya Mujibassa'ilin...
TATA LAKUNYA :
Amalan ini harus dimulai pada hari petang Ahad ( selepas Maghrib ), dan harus dihabiskan pada petang Ahad juga( 7 hari). Iaitu seminggu selepas permulaannya. Amalan ini haruslah dilakukan setiap hari selama 7 hari berturut-turut tidak boleh putus. Jika telah terputus amalannya, hendaklah dimulai semula hinggalah lengkap tatacara dan pengamalannya.
TATA CARANYA :
TAWASSUL :
Pada hari Ahad, selepas sholat Maghrib, hadiahkan surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali kepada :
1.) Nabi Muhammad saw. 1x.
2.) Khodam Malaikat ilmu ini. 1x.
3.) Semua kaum muslimin muslimat, mukminin mukminat. 1x.
4.) Kedua Ibu Bapa. 1x.
5.) Guru yang memberi ilmu ini.
( boleh ditujukan kepada aku, atau boleh juga kepada guru aku, Pendekar Tua Haji Syukor ). 1x.
6.) Diri masing-masing. 1x.
2.) Khodam Malaikat ilmu ini. 1x.
3.) Semua kaum muslimin muslimat, mukminin mukminat. 1x.
4.) Kedua Ibu Bapa. 1x.
5.) Guru yang memberi ilmu ini.
( boleh ditujukan kepada aku, atau boleh juga kepada guru aku, Pendekar Tua Haji Syukor ). 1x.
6.) Diri masing-masing. 1x.
KHASIATNYA AMALAN 7 HARI :
* Kita akan dipelihara oleh ribuan khodam Malaikat.
* Pendinding zahir dan batin.
* Pagar Diri.
* Anti Senjata Tajam dan Tumpul.
* Kekuatan Ghaib yang Besar.
* Meningkatkan Kekuatan Batin dan Tenaga Dalam.
* Kewibawaan.
* Penggerun bagi Musuh-Musuhnya.
* Penangkal Ilmu Hitam dan Santet/Sihir yang kononnya diceritakan, pernah ada Dukun/Bomoh yang cuba menyihir pengamalnya akhirnya tewas dan musnah sendiri hingga mengakibatkan kematian pula kepada dukunnya walaupun si pengamal tidak langsung melakukan apa-apa.
* Pendinding zahir dan batin.
* Pagar Diri.
* Anti Senjata Tajam dan Tumpul.
* Kekuatan Ghaib yang Besar.
* Meningkatkan Kekuatan Batin dan Tenaga Dalam.
* Kewibawaan.
* Penggerun bagi Musuh-Musuhnya.
* Penangkal Ilmu Hitam dan Santet/Sihir yang kononnya diceritakan, pernah ada Dukun/Bomoh yang cuba menyihir pengamalnya akhirnya tewas dan musnah sendiri hingga mengakibatkan kematian pula kepada dukunnya walaupun si pengamal tidak langsung melakukan apa-apa.
RIYADHONYA :
HARI KE-1 :
Pada hari Ahad, selepas Maghrib, bacalah :
" YA HAYYU YA QAYYUM." sebanyak 500 kali.
KHASIATNYA :
Kita akan dipelihara oleh 5000 Malaikat.
Kita akan dipelihara oleh 5000 Malaikat.
PANTANGNYA :
- Jangan makan Sirih Pinang dan ramuannya seperti Gambir, Kapur, Jintan dan sebagainya.
HARI KE-2 :
Pada hari Isnin, selepas Maghrib, bacalah :
" YA RAHMAN YA RAHIM." sebanyak 400 kali.
KHASIATNYA :
Kita akan dipelihara oleh 4000 Malaikat.
Kita akan dipelihara oleh 4000 Malaikat.
PANTANGNYA :
- Jangan makan benda bernyawa termasuk ikan, sotong, udang, daging, susu, madu dan telur selama sehari semalam.
HARI KE-3 :
Pada hari Selasa, selepas Maghrib, bacalah :
" YA MALIK YA QUDDUS." sebanyak 500 kali.
KHASIATNYA :
Kita akan dipelihara oleh 5000 Malaikat.
Kita akan dipelihara oleh 5000 Malaikat.
AMALANNYA :
Berpuasa selama sehari semalam. Tidak boleh makan dan minum selama 12 jam. Dari Maghrib ke Maghrib esoknya.
Berpuasa selama sehari semalam. Tidak boleh makan dan minum selama 12 jam. Dari Maghrib ke Maghrib esoknya.
HARI KE-4 :
Pada hari Rabu, selepas Maghrib, bacalah :
" YA RABB YA MANNAN." sebanyak 700 kali.
KHASIATNYA :
Kita akan dipelihara oleh 7000 Malaikat.
Kita akan dipelihara oleh 7000 Malaikat.
PANTANGNYA :
- Jangan memakan makanan bergaram selama 12 jam sehari semalam.
HARI KE- 5 :
Pada hari Khamis, selepas Maghrib, bacalah :
" YA ALIM YA 'ADZIM." sebanyak 800 kali.
KHASIATNYA :
Kita akan dipelihara oleh 8000 Malaikat.
Kita akan dipelihara oleh 8000 Malaikat.
PANTANGNYA :
- Tidak boleh meminum air untuk tempoh 12 jam sehari semalam.
KEGUNAANNYA :
Ditakuti dan digeruni oleh sekalian haiwan buas dan mendapat limpah kurnia Sayyidina Ali r.a.
HARI KE-6 :
Pada Hari Jumaat, selepas Maghrib, bacalah :
" YA SYAAFI YA MUGNI." sebanyak 600 kali.
KHASIATNYA :
Kita akan dipelihara oleh 6000 Malaikat.
Kita akan dipelihara oleh 6000 Malaikat.
PANTANGNYA :
- Jangan makan makanan yang dimasak dengan api selama sehari semalam.
KEGUNAANNYA :
Dilepaskan dari sebarang bahaya dan diterangkan hati dan mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W.
HARI KE-7 :
Pada hari Sabtu, selepas Maghrib, bacalah :
" YA FATTAHU YA RAZZAK." sebanyak 400 kali.
KHASIATNYA :
Kita akan dipelihara oleh 4000 Malaikat.
Kita akan dipelihara oleh 4000 Malaikat.
PANTANGNYA :
- Tidak boleh tidur selama sehari semalam. 12 jam dari Maghrib ke Maghrib esoknya.
KEGUNAANNYA :
Ditakuti dan digeruni oleh sekalian makhluk bernyawa yang boleh memudaratkan dan dilimpahi kurnia Nabi Nuh A.S.
Genaplah amalan 7 hari Ilmu Batin Kuno Melayu iaitu AMALAN 7 HARI. Maka sempurnalah ritual penyelarasan ilmu ini.
* Pantangan amalan ini hanyalah pada waktu pengamalannya/ ritualnya sahaja, dan pada minggu depannya, iaitu hari Ahad selepas Maghrib, sudah boleh lah makan dan minum seperti biasa. Jika ingin mempertajamkan keilmuan ini, boleh juga dilakukan sebulan sekali seperti diatas agar ilmu jadi sebati meresap ke badan.
Jika tiada upaya, memadai dilakukan tiga bulan sekali dan jika masih tiada upaya, memadailah dilakukan enam bulan sekali. Dan jika dianggap masih tidak berupaya melakukannya, bolehlah diamalkan setahun sekali. Ilmu ini bagi mereka yang sudah mempunyai asas tenaga batin atau tenaga dalam dan sudah agak kuat tenaga batinnya. Manakala bagi pemula, biarlah sekadar dijadikan koleksi dahulu dan diamalkan apabila sudah terasa bersedia.
Selesai sudah pengijazahan Ilmu Amalan 7 Hari, Amalan Batin Kuno Melayu dengan sempurna. Semoga ianya bermanfaat kepada sahabat yang mahu mengamalkannya. Aamiin Ya Mujibassa'ilin....
SELESAI....
SEKIAN DULU...
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
Qobiltu Ijazatuka tok penjejak badai
ReplyDelete