Trending

Tuesday 29 January 2019

Selepas Foto Bersama Emma tersebar Sesuatu Terjadi Kepada Akaun Wechat


Isu panas yang membabitkan Emma Maembong dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia,Syed Abdullah Syed Abdul Rahman semakin hangat diperdebatkan. Penularan gambar-gambar daring mereka berdua telah mendapat kecaman daripada netizen semalam.
Selepas Emma membuat permohonan maaf di Instagram berikutan gambar-gambarnya tidak bertudung dan berpelukan dengan Syed Abdullah tersebar, kini giliran Syed pulak membuat pemohonan maaf melalui Instagram.
Hari yang sukar untuk saya dan keluarga…Menerusi satu status Instagram yang dimuat naik oleh Syed Abdullah, dia memberitahu bahawa akaun Wechatnya telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan gambar-gambar peribadinya tular.
Syed turut membuat pemohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan menegaskan kesalahan yang dilakukan tiada kena-mengena dengan keluarga ataupun rakan-rakannya yang lain.
Dia juga sedar bahawa perlakunya itu tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak muda dan berharap diberi peluang untuk memperbaiki diri.




Nak buat jahat tu belajar lah dulu bro!Permohonan maaf daripada Syed Abdullah telah mendapat maklum balas  yang pelbagai daripada netizen. Rata-rata berasa berang dan meminta agar Syed Abdullah bertanggungjawab terhadap kesilapan yang dilakukan.
Ada juga netizen yang tampil memberi nasihat agar Syed Abdullah berfikir dahulu dalam melakukan sebarang tindakan agar tidak mencemarkan nama keluarganya.





Industri seni tanah air sememangnya tidak pernah sunyi daripada pelbagai kisah sensasi. Bukan hanya cerita hasil seni yang dipaparkan, bahkan kisah kehidupan peribadi turut dijajakan.
Ada yang manis, tapi tak kurang juga yang pahit untuk ditelan.
Begitulah lumrah dan adat dan asam garam dunia seni yang sering menjadi perhatian peminat.
Baru-baru ini kecoh seketika portal-portal hiburan dengan penyebaran gambar seorang pelakon terkenal yang berkepit dan dikepit oleh abang kepada seorang menteri yang terkenal dengan aksi poster boy. Mesra gitu. Ada apa-apa ke?









Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts