ADUKA (ABANG LONG GERIK)
G A J A H L E G E N D
Perginya ditangisi seluruh masyarakat Gerik.
PEKAN Gerik, yang terletak di Daerah Hulu Perak sememangnya terkenal dengan pelbagai coretan menarik terutamanya mengenai kisah 'maskotnya' iaitu gajah.
"Suatu ketika dahulu ada seekor gajah besar yang menjadi kesayangan masyarakat di Gerik," kongsi Muhd Mustaqim Mohamed mengenai maskot kebanggaan Gerik berkenaan.
Katanya, gajah besar berkenaan dikenali sebagai Aduka dan sering dapat ditemui di laluan ke Lembah Belum, di Gerik.
"Penjaga laluan JRTB (Jalan Raya Timur Barat) Fasa satu, sering menemuinya... Aduka nama diberi buat gajah jinak tanpa pengasuh ini lantaran ia sentiasalah menjaga keselamatan orang- banyak yang berlalu dari Gerik ke Jeli," katanya.
Katanya, Aduka juga ditakuti oleh kawanan gajah lain dan difahamkan bahawa apa yang 'dicakap' oleh Aduka dipatuhi oleh gajah-gajah liar yang lain.
Justeru katanya, pemergian Aduka tak lama kemudian membuatkan ramai yang sedih.
"Pemergiannya ditangisi oleh orang di Gerik demi kerana sayangnya mereka kepada si penjaga daerah ini," katanya.
Bercerita lanjut, Mustaqim berkata, pernah sekali Aduka ni halang rombongan askar di JRTB.
"Dia duduk kat tengah jalan, askar-askar pujuk dia suruh bangun sebab nak lalu untuk memberi kawalan keselamatan dekat pekerja JKR yang tengah buat jalan.
"Lama juga baru Aduka bangun dan beri laluan... Rupanya sampai ke tempat kerja bina jalan baru dapat tahu yang kawasan tu baru kena serang dengan komunis," katanya.
Katanya lagi, dikhabarkan juga bahawa Aduka ni selalu 'perambat' kumpulan gajah yang bermain di kawasan jalan di JRTB supaya tidak ganggu laluan orang ramai.
"Masa hidupnya gajah-gajah liar akan patuh kepada Aduka ni sebab boleh dikatakan dia paling besar di kawasan Lembah Belum tu," katanya lagi.
Sumber dari Ayahanda Utama Paksu Dahari Kamarudin
No comments:
Post a Comment