Trending

Wednesday 9 January 2019

Harga pasaran Betta Stiktos adalah antara RM1200-1800 Seekor



Betta Stiktos berasal dari Cambodia sementara Betta Smaragdina Pakse dan Betta Smaragdina Elei pula berasal dari Laos. Ramai yang mudah terkeliru kerana kerap menyangka Pakse dan Elei sebagai Stiktos.
Cuba perhati gambar yang saya lampirkan. Sisek pada pipi Stiktos lebih tebal dan menggerutu seperti sisek ular. Selain dari itu, yg paling membezakan Stiktos dgn yg lain ialah dibahagian dagu Stiktos, membawa ke pinggir mulut Stiktos terdapat sisek bewarna coklat (perhatikan gambar betul2). Janggut Stiktos pula bewarna coklat kehitaman. Warna badan Stiktos Ori adalah hijau dan sedikit kebiruan. Terdapat lapisan coklat pada bahagian atas sirip bawahnya.
Harga pasaran Betta Stiktos adalah antara RM1200-1800 Seekor, sementara Betta Smaragdina Pakse dan Betta Smaragdina Elei pula beharga antara RM200 - 400 seekor. Harga Betta Stiktos mahal kerana spesisnya dilaporkn sudah hampir pupus.



1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Selamat Sejahtera.....
    Maaf, macam mana hendak bezakan, gambar pon tidak jelas, seperti gambar dalam buku komik sahaja.

    ReplyDelete

About

Popular Posts