Trending

Friday 8 September 2017

Syarikat Binaan Dikaitkan Dengan Pelakon Boy Iman Gunapakai Logo Korporat CIDB Tanpa Kebenaran


DBI Technology Sdn Bhd sebuah syarikat perumahan mampu milik dan hartanah yang ditubuhkan Disember tahun lalu didakwa menggunapakai logo Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di dalam promosi oleh syarikat itu tanpa sebarang kebenaran dari agensi terbabit.




Melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensi itu menerusi halaman facebook rasmi, CIDB dikatakan tidak pernah menerima sebarang permohonan penggunaan logo korporat agensi itu dari pihak Syarikat DBI Technology Sdn Bhd dan tidak pernah membenarkan penggunaan logo tersebut kepada syarikat terbabit.

Susulan itu, CIDB Malaysia menegaskan bahawa pihak mereka tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang bentuk promosi, kesan dan atau akibat yang dibuat oleh syarikat DBI Technology Sdn Bhd.


Untuk rekod, DBI Technology Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 16 Disember 2016 dan syarikat berstatus bumiputera ini dikatakan menawarkan perkhidmatan membina rumah pelanggan diatas tanah sendiri. 

Berdasarkan semakan yang dilakukan, My Fokus turut dimaklumkan bahawa perkongsian sebuah artikel bertajuk "Impian miliki mini banglo RM30,000 tercapai" oleh halaman CIDB Malaysia suatu ketika dahulu yang dipetik dari portal berita online tempatan bukanlah bererti agensi itu memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk sesuka hati menggunapakai logo korporat agensi itu dalam apa juga bentuk promosi atau pengiklanan.

Sebaliknya, perkongsian itu hanyalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi IBS dalam bidang pembinaan di dalam negara.

CIDB Malaysia juga menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menerima atau menawarkan ruangan iklan berbayar kepada mana-mana pihak atau syarikat di laman sosial rasmi agensi itu.



2 comments:

  1. Quantum Binary Signals

    Get professional trading signals delivered to your mobile phone every day.

    Start following our trades right now and gain up to 270% per day.

    ReplyDelete
  2. Do you need free Twitter Followers?
    Did you know you can get these ON AUTO-PILOT AND TOTALLY FOR FREE by registering on Add Me Fast?

    ReplyDelete

About

Popular Posts