Trending

Saturday, 16 September 2017

13 Selebriti Wanita Belum Berkahwin Yang Paling Jelita Menawan dan Berkarisma

 
16 selebriti wanita belum berkahwin (Kredit Gambar: Instagram)
Hujung minggu melepak bersama kawan-kawan, banyak yang dibualkan. Daripada topik berat sehinggalah yang ringan dan tidak membebankan kepala.
Antara yang dibualkan adalah siapa selebriti wanita Malaysia belum berumahtangga yang dikategorikan paling jelita, menawan dan berkarisma.

1. Izara Aishah

 

 
Kejelitaannya memang tidak berbelah bagi. Senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya serta raut wajahnya cukup menawan. Sikapnya yang humble turut menjadikan Izara mendapat undian paling tinggi.

2.  Fazura



Wanita ini cukup mengagumkan. Daripada pelakon menjadi business woman dan kini sudah bergelar penyanyi. Tahun 2017 bakal menyaksikan Fazura melangkah lebih jauh.

3.  Ayda Jebat

 
Dengan gaya yang ringkas tanpa calitan makeup yang tebal, Ayda Jebat punya kejelitaan semulajadi. Apatah lagi sikapnya yang peramah dan sentiasa melayan peminat dengan baik.

4.  Neelofa



Sentiasa pandai bergaya dan tahu apa yang bersesuaian dengan beliau, Neelofa memang layak berada di dalam kategori ini.

5.  Yuna

 
Berkarisma dan tahu apa yang diinginkan, Yuna menjadi idola ramai wanita di Malaysia. Apatah lagi beliau kini punya rangkaian jenama pakaiannya tersendiri.

6.  Tiz Zaqyah


 
Inspirasi wanita moden dan bergaya. Itulah Tiz Zaqyah.   Ketawanya sahaja sudah boleh mencairkan hati lelaki.

7.  Emma Maembong


 
Kulitnya putih melepak bak sutera. Gaya berpakaiannya tidak keterlaluan dan kejelitaannya memang menjadi impian.

8.  Sharifah Amani


 
Kecil molek tetapi berjiwa besar. Sharifah Amani sentiasa tahu apa yang diinginkan sama ada dari segi berpakaian, mahupun dalam lakonan.

9. Kaka Azraff



Walaupun masih baru di bidang seni, namun tidak dinafikan Kaka sentiasa tampil trendy. Gaya manjanya juga membuatkan lelaki tidak senang duduk.

10. Mira Filza


Gadis bertudung ini sungguh ayu. Apatah lagi wajah Mira Filza ini sungguh tenang di pandang mata. Tahun 2016 menyaksikan Mira lebih banyak menumpukan masa menjadi pengacara berbanding dengan berlakon.

11. Zulin Aziz

 
Jangan terkejut wanita kelakar ini juga termasuk dalam kategori paling menawan. Zulin ada daya tarikan yang tersendiri yang amat menawan hati.

12. Nelydia Senrose


 
Seorang lagi wanita kacukan yang hangat di arena seni. Kejelitaannya memang tidak boleh dinafikan. Selepas melakukan undian antara adik beradik Senrose, Nelydia menjadi pilihan ramai.

13. Janna Nick


 
Walaupun gayanya nampak sedikit ‘tomboy’, tapi tidak ada sesiapa yang mampu menidakkan keayuan wajah Janna Nick. Apatah lagi dengan gelak ketawanya itu.
Sekadar pilihan sepuluh orang lelaki yang kebosanan. Kalau nak diikutkan, pasti ramai lagi selebriti jelita dan menawan yang belum tersenarai. Siapa selebriti yang tidak tersenarai yang menjadi pilihan anda?

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts