Trending

Saturday 9 September 2017

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2017 BERMULA


Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke-20 bermula hari ini, dengan buat julung kalinya menyaksikan sembilan kereta klasik beroda tiga Morgan buatan Britain milik Sultan Johor digunakan sepanjang program.
Majlis pelancaran disempurnakan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, yang berkenan berangkat merasmikan gimik pelepasan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru pada jam 9.10 pagi tadi (9 September).
Baginda yang tiba kira-kira jam 8.20 pagi diiringi DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah; DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam; YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah; YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj; YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli; barisan Exco Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan.
KMJ 2017 yang turut membabitkan kira-kira 30 motosikal berkuasa besar akan merentasi kesemua 10 daerah di negeri Johor dengan laluan sejauh 808 kilometer. Ia memulakan perjalanan ke destinasi pertama iaitu Kampung Pasir Gudang Baru sebelum singgah berehat di Stesen Petronas, Ulu Tiram.
Konvoi akan meneruskan perjalanan ke Titian Laksamana (Jambatan Gantung), Kota Tinggi untuk menyertai rakyat dalam satu majlis dan makan tengah hari sebelum ke FELCRA Sungai Ara di Kota Tinggi, dan seterusnya ke Dewan Serbaguna Kampung Baru, Jemaluang dan Dataran Kembara, Kampung Sri Lalang di Mersing.
Sultan Ibrahim dan konvoi DiRaja akan menamatkan kembara hari pertama di Istana Flinstones, Mersing.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts