Trending

Friday, 8 September 2017

Diliwat Sampai Terkeluar Najis-Ayah Dari Neraka


PUTRAJAYA – Seorang ejen unit amanah dihukum penjara 48 tahun dan sebat 24 kali di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak selepas mengaku bersalah atas 623 tuduhan pelbagai kesalahan seksual.
Lelaki berusia 36 tahun itu didakwa atas satu pertuduhan merogol, satu pertuduhan penganiayaan seks, 30 tuduhan sentuhan seksual secara fizikal dan 591 tuduhan liwat.
Berdasarkan fakta kes, kali pertama mangsa diliwat adalah sewaktu menunaikan umrah bersama bapanya pada 3 April 2015 dan remaja itu berusia 13 tahun pada ketika itu.
Kejadian itu berterusan sehingga pada satu kejadian mangsa telah diliwat sehingga terkeluar najis.
Setiap kali melawan, mangsa akan ditolak, ditarik dan ditindih serta mulutnya ditutup dengan tangan.
Bapa kepada tiga orang anak perempuan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini pada tarikh-tarikh berlainan pada sebelah pagi, petang dan malam.
Kejadian didakwa berlaku di antara bulan Januari dan Julai tahun ini sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam di rumah mereka di Sungai Way.
Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat anak kandungnya setiap hari sepanjang bulan Januari, Februari, Mac, April dan Jun (termasuk ketika sambutan hari raya pada 25 Jun lalu).
Pada bulan Mei, dia didakwa meliwat mangsa setiap hari kecuali dua hari sebelum bulan Ramadan (25 dan 26 Mei) dan pada hari pertama menunaikan ibadah puasa (27 Mei).
Lelaki berkenaan turut dituduh melakukan perbuatan itu setiap hari bermula 1 Julai hingga 20 Julai lalu sebelum laporan polis dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai lalu.
Yang turut hadir pada prosiding hari ini ialah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. – UTUSAN ONLINE
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts