KUALA LUMPUR: Filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) mengutip RM13 juta selepas 13 hari ditayangkan di 120 pawagam di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.
Sehingga kelmarin, ALF2 menduduki tangga pertama dalam carta ‘box office’ mengatasi judul antarabangsa bagi filem yang ditayangkan dalam tempoh dua minggu.
“Filem bukanlah produk yang boleh dijangka. Sama seperti penerbit lain, awalnya saya bimbang apabila melihat tidak banyak filem mencecah kutipan pecah panggung sehingga bulan lalu,” katanya kepada BH Online.
Yusof berkata, selain kekuatan cerita dan mutu produksi, ALF2 mencapai kejayaan berikutan musim cuti sekolah dan Aidiladha.
“Saya berterima kasih kepada Astro Shaw yang banyak menyokong daripada segi pemasaran dan promosi. Kami berharap filem ini dapat memecahkan rekod kutipan tertinggi,” katanya.
Sebelum ini, filem Polis Evo yang ditayangkan tahun lalu mencatat kadar jualan tiket terbanyak iaitu RM17,740,000. – BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment