Hampir kesemua peminat Eminem mengenali anak perempuannya, Hailie yang menjadi pembakar semangat kepada Eminem untuk berjaya dalam industri muzik Hip-Hop sampai ke peringkat antarabangsa.
Marshall Bruce Mathers III a.k.a Eminem menjadi idola kepada kebanyakan peminat muzik genre Hip Hop kerana liriknya yang sangat mendalam. Lagu yang biasa kita dengar “Hailie’s Song” atau “Mockingbird”, merupakan lagu yang ditujukan khas untuk Hailie. Kebanyakan lirik lagu Eminem yang lain juga kerap menyebut nama anaknya seperti “’97 Bonnie & Clyde”, “My Dad’s Gone Crazy”, “When I’m Gone”, “Beautiful”, “Airplanes Pt. II”, “Going Through Changes”, dan “You’re Never Over”.
Hailie yang kita kenali suatu ketika dahulu sebagai budak kecil yang comel kini sudah berusia 22 tahun dan rupanya yang matang dan sangat cantik. Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, Hailie juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sebuah sekolah di Amerika dengan peroleh GPA 3.90!
No comments:
Post a Comment