Trending

Wednesday, 12 April 2017

CATATAN PEMBURU KELULUT



CATATAN PEMBURU KELULUT
Perjalanan semalam dari Gong Badak ke kediaman Tuan Hamid A Rahman di Kuantan mengambil masa yang agak lama. Ini sesuatu diluar jangkaan dan kawalan.
Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Semua itu sebenarnya ada kebaikan yang kadang-kadang kita terlepas pandang.
...
Pertemuan yang telah dirancang ini bertujuan untuk mengambil 3 koloni kelulut sumbangan Tuan Rahman sebagai tambahan koleksi kelulut Indo-Malaya UMT.


Ada satu koloni yang menarik perhatian kerana ciri morfologi dan habitatnya tidak pernah dilihat sebelum ini. Dua lagi tambahan koleksi, jenis Tetragonula testaceitarsis.


Ketika di sana juga, Tuan Rahman mempelawa saya merasa madu kelulut yang dikhabarkan rasanya agak unik. Madu kelulut Lophotrigona canifrons dari Jaya Gading.


Memang unik. Rasa manis, pahit dan harum pandan. Sedap sungguh madu tersebut.
Biasanya madu L. canifrons teramat masam. Kandungan airnya paling tinggi sehingga boleh mencecah 80%. Setiap kali minum pasti berkerut muka menahan masam. Sesuai untuk "salad dressing" sahaja.


Namun madu kelulut Jaya Gading ini berbeza.
Hilang letih dan gundah hati apabila dapat nikmat merasa madu kelulut L. canifrons dari Jaya Gading.


Terimakasih sekali lagi kepada Tuan Hamid A Rahman yang baik hati. Presiden Persatuan Usahawan Kelulut Pahang ini memang ada citarasa yang tinggi. Memang kelas.




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts