Trending

Wednesday, 12 April 2017

CATATAN KEMBARA KELULUT - Madu orang Asli



CATATAN KEMBARA KELULUT - Madu orang Asli
Di sepanjang perjalanan kembara ada banyak pertemuan yang menjadi kenangan. Ada yang lucu dan juga menggelikan hati.
Satu peristiwa yang saya ingat ialah ketika perjalanan Kembara Kelulut Utara - Julai 2016.
...
Jika pernah melalui jalan dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai, akan kelihatan di beberapa lokasi pondok atau gerai kayu tepi jalan.


Pondok atau gerai kayu ini dijaga oleh orang asli Suku Semai yang mendiami kawasan berdekatan. Mereka menjual pelbagai barangan hasil hutan termasuk madu.


Saya singgah di beberapa gerai. Bila cuba ambil gambar mereka tak benarkan. Pemalu agaknya.
"Yang mana satu madu kelulut?" Saya membuka bicara.
Salah seorang remaja Asal menjawab "Yang ini madu kelulut" sambil tunjuk cecair di dalam botol yang berwarna putih pekat seperti susu.


Saya singgah lagi di gerai lain dan bertanya lagi "Yang putih ini madu kelulut ke?"
Jawab lelaki Asal yang menjaga gerai bersama isteri dan seorang anak "Issshh...mana ada madu kelulut warna putih. madu kelulut mesti hitam".


Setelah singgah di beberapa gerai lagi dan bertanya soalan yang sama. Setiap kali saya dapat jawapan berbeza. Ada kata warna madu kelulut mesti warna putih, hitam dan berbagai warna.
Malah salah seorang dari mereka menunjukkan kepada saya sarang penyengat yang kebetulan berjuntai di pokok berdekatan sebagai kelulut.


Mungkin kajian yang lebih sistematik hubungan antara orang asli dan madu boleh dijalankan. Saya jangka kajian seperti ini akan memberikan hasil yang menarik.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts