Trending

Sunday 16 April 2017

Madu superfood yang tiada tarikh lupus



KELULUT.O.LOGI # 24 - Madu, superfood yang tiada tarikh lupus.


Kebanyakan bahan makanan mempunyai jangkahayat penyimpanan (shelf life) yang biasanya dinyatakan sebagai tarikh lupus.


Madu makanan istimewa dan amat unik. Sesuailah ia dinobatkan sebagai salah satu 'superfood'. Ia antara beberapa bahan makanan yang tidak akan rosak secara semulajadi ataupun ringkasnya tidak mempunyai tarikh lupus.
...
Ada laporan dimana madu ditemui di dalam balang yang diperbuat daripada tembikar berusia 5,500 tahun. Madu tersebut masih utuh dan mengekalkan ciri-ciri dan kualiti madu.
Bagaimana ini boleh berlaku?


Salah satu ciri madu ialah ia mempunyai bahan pengawet semulajadi. Semasa porses penukaran nektar kepada madu acid glukonik dihasilkan. Kehadiran asid ini akan merendahkan pH yang menghalang bakteria, mikrob, kulat berkembang.


Selain daripada pH yang rendah, hidrogen peroksida yang juga merupakan bahan akti-bakeria juga dihasilkan. Bahan ini juga bertindak sebagai bahan pengawet semulajadi.


Carilah madu lebah atau kelulut yang asli yang tidak diproses (raw honey). Khasiatnya berlipat kali ganda.


(photo - kelulut Tetrigona apicalis pekerja sedang menutup/membuka kantung madu yang berbentuk seperti kubah)


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts