Trending

Saturday, 1 April 2017

ILMU KEBAL MELAYU

ILMU KEBAL MELAYU. Assalam semua ahli Kampus Tok Badai. Aku ijazahkan Ilmu Kebal Melayu untuk ahli yg mahu mengamalkan nya. Semoga bermanfaat satu hari nanti. Aamiin...
Ilmu Kebal Melayu ini di ijazahkan kepada aku oleh sahabat aku dari Malaysia iyaitu sahabat Zul Fadly@Kapan.
1.) SERI KEBAL BESI KHARSANI.
Bismillahirrahmanirrahim.
Hai Besi Kharsani,
Besi melilit 7 anggota aku,
Tulang menjadi besi,
Uratku menjadi batu,
Teguh tegap sekalian badan aku.
Ah..!
Besi datang besi ku nanti,
Timah datang timah ku nanti,
Kayu datang kayu ku nanti.
Hai Seri Kebal,
Berkat doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.
TATA CARANYA :
Pada awal pagi (selepas mandi) ambillah air liur pada anak tekak (uvula) menggunakan ibu jari kanan sambil berniat :
" Aku tahan kulit aku agar kebal dan tak dimakan oleh peluru atau senjata APA PUN."
Kemudian, letakkan(calitkan) ke telapak tangan kiri dan dijampi 3 kali dengan mentera di atas.
Temukan ke-2 telapak tangan dan gosok sedikit. Kemudian, sapukan ke-2 tangan ke serata tubuh sambil berniat di dalam hati "
" Kulit aku menjadi besi yang tebal dan batu yang pejal."
Bermula dari ibu jari kaki (tangan kanan ke ibu jari kanan dan tangan kiri ke ibu jari kiri) sehingga ke seluruh tubuh iaitu ke buku lali, lutut, paha, punggung (depan belakang), perut, pinggang, dada (depan belakang), ke-2 tangan, leher, kepala dan muka.
Amalkan selama 30 hari berturut-turut, barulah berhenti. Insya-Allah, kita akan menjadi kebal dengan izin Allah.
2.) DOA KEBAL.
MANTRANYA :
Bismillahirrahmanirrahim.
Ingat Dia baru ingat kita,
Bukan kau menjadikan aku,
Hu yang menjadikan aku.
Punji saudaraku,
Kau jangan merosakkan aku,
Allah yang memasang,
Allah yang menetak.
Zat Allah,
Jasad Muhammad,
Muhammad batin,
Sifat Allah Ta’ala sejati.
Yakni, sifatMu tidak akan binasa.
Nyatakanlah!
Nyatakanlah!
Nyatakanlah!
…(kunci)…
77 kempunanku sehari semalam.
TATA CARANYA :
Bacakan mentera di atas bila-bila masa (digalakkan selepas sembahyang Subuh, sewaktu keluar rumah dan seumpamanya). Semasa membaca, setelah menyebut ; "Nyatakanlah..!", tarik nafas dalam dan sempitkan (kunci) rongga tekak kita kuat dan buka mengejut (berbunyi " hok..!" di lelangit dalam).
Iktikadkan yang kita sedang mengunci seluruh badan kita agar menjadi kebal daripada segala jenis senjata tajam. Lakukanlah amalan ini setiap hari sehingga 40 hari. Setelah itu, amalan ini bolehlah diamalkan bila-bila masa. Seperti mahu keluar rumah.
PANTANGNYA :
Jangan Melangkah Parit. Longkang.
3.) DOA KULIT TEMBAGA.
MANTRANYA :
Bismillahirrahmanirrahim.
Wala Lat-Luhum Wala Kin,
Allahu Wa-Kata' Luhu.
Rama'in..! Rama'in..!
Tawalat-Kin..! Tawalat-Kin..!
Ar-Rahman..! Ar-Rahman..!
Ya Quddus..! Ya Quddus..!
Uratku Menjadi Kawat,
Tulangku Besi Khursani,
Kulitku Menjadi Tembaga.
Berkat Doa Rasul.
Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah,
Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah,
Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.
TATA CARANYA :
Carilah atau buatlah sebuah telaga yang dalamnya separas pinggang. Pada awal pagi (sebaik-baiknya) sebelum Subuh. Masuklah ke dalamnya dan bacakan mantra di atas sebanyak 3 kali. Kemudian, menyelamlah sambil membaca sebanyak mungkin (selama yang mampu) Surah Al-Ikhlas (Qulhu) dan berniat agar kulit kita menjadi kebal daripada segala jenis senjata. Lakukanlah sebanyak 3, 5, 7 atau 11 kali. Amalkannya sehingga 40 hari. Insya-Allah, kulit kita akan menjadi kebal daripada sebarang senjata atau pukulan musuh (manusia, haiwan buas, jin syaitan dan sebagainya) dengan izin Allah.
Moga2 ilmu ini mampu mendatangkan manfaat untuk kita. Ilmu ini sudah menjadi amalan aku dan aku diijazahkan ilmu ini pada sahabat2 yang mahu mengamalkannya. .
SELESAI...
DI IJAZAHKAN OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.





Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts