Trending

Saturday, 15 April 2017

INOVASI PRODUK KELULUT



INOVASI PRODUK KELULUT


Kebelakangan ini banyak ditemui dipasaran produk-produk hiliran kelulut. Kategori paling popular ialah produk kosmetik dan kesihatan.


Ini merupakan suatu tanda yang amat positif dan sihat. Minat terhadap kelulut semakin meningkat. Penternak, peminat kelulut malah orang awam sudah mula mencari idea-idea baharu menghasilkan produk kelulut.
...
Inovasi produk sebegini sudah pasti akan memeriahkan suasana industri kelulut. Ada juga yang lebih berani sehingga berjaya membawa produk mereka menembusi sempadan.


Baru-baru ini saya mendapat buah tangan tanda kenangan dan persahabatan dari Tuan Haris Mahamud, yang mengetuai Jemaah Kelulut Batu Kurau, Perak.


Saya sudah cuba semuanya kecuali satu. Pesan Tuan Haris Mahamud produk i-Cun Sirih Hutan khas untuk isteri. Pasti senyum dipagi hari.


Gel mandian terapi bidara memang menyegarkan. Bau dari gel mandian itu sendiri memulihkan kembali tenaga badan.


Minyak urutan Kaara bidara Spa terbukti berkesan. Memang berjaya melegakan tegang urat betis dan keting ketika penurunan dan pendakian mencabar Ekspedisi Maxwell Hill baru-baru ini.


Muafakat Jemaah Kelulut Batu Kurau memang kukuh. Galeri kelulut yang menempatkan produk-produk hasilan mereka cantik. Ada sudut maklumat kelulut juga.
Jika tuan-puan lalu di Batu Kurau, Perak singgahlah ke Galeri mereka.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts