Trending

Wednesday, 12 April 2017

Madu dari muntah kelulut



KELULUT.O.LOGI # 23 - Madu dari muntah kelulut
.
.
Kita mengetahui bahawa madu berasal dari manisan bunga (nektar) dan juga cairan tumbuhan (plant sap). Proses pertukaran cairan tadi berlaku di dalam saluran perut atau lebih tepat lagi saluran esofagus.
...
Allah S.W.T telah menciptakan sistem esofagus kelulut sebagai kilang memproses nektar yang paling unik. Di dalam saluran tersebut terdapat populasi mikrobiota yang pelbagai.


Tugas mikrob itu spesifik. Tukar nektar (sukrosa - disakarida) kepada madu (fruktosa, glukosa dll. - monosakarida). Proses ini dibantu oleh enzim yang juga spesifik fungsinya (invertase).
Proses ini tidak habis di situ. Kelulut yang membawa pulang nektar akan 'memuntah'kan manisan tadi dan di sambut oleh kelulut pekerja (nurse bee). Proses ini akan diulang beberapa kali (muntahan dan pemprosesan perut).


Barulah madu tadi dimasukkan ke dalam tempayan madu untuk simpanan. Kelulut pekerja memastikan kandungan air mencapai piawaian mereka sebelum tempayan ditutup.
Cairan di dalam tempayan yang tertutup inilah dipanggil madu. Setengahnya panggil madu 'matang'.
Dari penceritaan proses penghasilan madu kelulut ini, adakah ia masih dikira sebagai cairan 'muntah' kelulut?


(Foto = kelulut pekerja (nurse bee) Tetrigona apicalis sedang memeriksa madu di dalam kantung 'kristal' mereka.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts