Trending

Sunday 16 April 2017

CATATAN KEMBARA KELULUT Pertemuan keluarga Sulaiman Al-Rajhi



CATATAN KEMBARA KELULUT - Pertemuan keluarga Sulaiman Al-Rajhi.
.
.
Di sempanjang pegembaraan ilmu merungkai kebesaran ciptaan Allah S.W.T, saya bersyukur berpeluang untuk bertemu muka dengan beberapa insan-insan terpilih dan hebat.
...
Ketika Kembara Kelulut Kemboja 22 Disember 2016, Saya dipertemukan dengan tiga insan hebat dari Arab Saudi. Sheikh Ibrahim, Sheik Fahad AlKassim dan Sheikh Fawaz Al Rajhi. Pertemuan diatur oleh juga seorang insan istimewa Tuan Haji Masrukhin Marzoki.


Sheikh Fawaz Al Rajhi merupakan pewaris kepada Sheikh Sulaiman Al-Rajhi seorang bilionair dan 'Philantropist' dermawan terkenal. Sheikh Sulaiman Al Rajhi tersenarai insan ke-120 terkaya di dunia.
Beliau merupakan pengasas kepada Bank Al Rajhi yang merupakan rangkaian bank Islam terbesar di dunia. Empayar kekayaan dibina dari perniagaan yang diusahakan sendiri cetusan kesusahan hidup. Perjalanan hidup beliau boleh dijadikan sumber inspirasi.


Yang menarik ialah Sheikh Sulaiman telah meninfaq dan mewakafkan kesemua harta kekayaannya untuk membangunkan ekonomi ummah. Tiada lagi harta untuk diri sendiri. Semua harta kekayaan diuruskan oleh anak-anak.


Banyak harta wakaf disalurkan untuk pembangunan sosio-ekonomi termasuk kepada umat Islam di Kemboja. Salah satu projek yang turut dikenalpasti ialah projek ternakan kelulut komersil disana. Kelulut memberi jalan mula.


Pertemuan-pertemuan ini banyak memberi pengajaran dan iktibar. Ia menjadi bekalan, malah peringatan bahawa kita ada tugas penting di dunia ini. Ada amanah besar yang perlu dilaksanakan.
.
.
(photo oleh Otai Penembak Momen tegar SuperMokh Mokhtar Ishak)





Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts