Trending

Wednesday, 12 April 2017

SEMERBAK BUNGA TANJUNG



SEMERBAK BUNGA TANJUNG
Sekarang musim pokok bunga tanjung (Mimosops elengi) berbunga. Bau harum semerbak mewangi. Waktu pagi bunga yang sedang mekar menjadi tarikan serangga pendebunga.

Pagi tadi selepas sesi 'photoshot' nelayan pesisir pantai bersama lagenda jurufoto UMT Tuan SuperMokh Mokhtar Ishak, bersarapan dan terus masuk kampus UMT. Hajat sambung aktiviti bermakro.
...
Kelulut jenis Heterotrigona itama kelihatan sedang berpesta mengambil nektar dan debunga dari bunga tanjung. Mungkin kelulut Dr. Nur Aida Hashim et al. dari plot eksperimen berdekatan.
Hanya beberapa ekor Geniotrigona thoracica kelihatan. Debunga di kaki sarat. Setakat ini tidak ada kelulut jenis ini di dalam kampus. Laluan terbang ke arah kawasan kolam UniSZA. Mungkin sarangnya di sana.


Lebah tualang (Apis dorsata) juga tidak ketinggalan berpesta. Tidak banyak cuma 2 ekor kelihatan. Jauh lebah ini bakal pulang ke sarang.


Teringat ketika kecil, arwah Tok letak bunga tanjung di dalam minyak kelapa. Minyak yang wangi dijadikan minyak rambut. Kadang-kadang bunga tanjung diikat menjadi seperti rantai dan diletak bawah bantal. Pewangi semulajadi.


Adakah rakan-rakan yang masih guna bunga tanjung? Mungkin boleh kongsi pengalaman.




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts