Trending

Sunday 16 April 2017

KELULUT SUNGAI DERHAKA



KELULUT SUNGAI DERHAKA

Petang tadi sempat melawat tapak Projek Kelulut Sg. Derhaka. Projek ini melibatkan ahli keluarga cetusan perbicangan bersama Adinda Ustazah Hazlina Razak.

Awal pagi dikejutkan oleh telefon Tuan muda Wan Trigona memaklumkan koloni kelulut dalam perjalanan ke tapak projek. 2:30 pagi terkebil-kebil mata. Kakitangan kepenatan buat penghantaran. Terima kasih Tuan Wan Trigona kerana sanggup membantu program.

Program ini juga dijangka akan menjadi pemangkin kepada aktiviti desa di situ. Ustaz Zawawi Mughni peneraju Maahad Tahfiz Al Fateh turut membantu.

Yang akan mengurus projek ialah Adinda Ahmad Khairani Razak. Beliau sentiasa turun padang. Pengurus pemasaran tak lain dan tak bukan Adinda Puan Embun Shine yang memang minat bidang perniagaan.

Semoga usaha murni ini mendapat kejayaan dan memberi munafaat kepada semua. Muafakat keluarga membawa berkat.






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts