Trending

Wednesday, 12 April 2017

Bunga tidak mekar sentiasa

KELULUT.O.LOGI #19 - Bunga tidak mekar sentiasa
.
.
Kelulut dan bunga amat berkait rapat. Bunga memberi sumber kepada kelulut (nektar dan debunga) manakala kelulut sebagai agen pendebungaan.
...
Tidak semua bunga akan dilawati oleh kelulut. Hanya bunga tertentu dan waktu terntentu sahaja akan dilawati oleh kelulut.
Bunga mesti bersedia untuk dilawati.
Hanya bunga yang kembang (anthesis) sahaja akan disinggahi oleh kelulut. Kelulut faham 'signal' yang dihantar oleh bunga ini. Kelulut tidak akan mendapat apa-apa dari bunga jika tidak kena waktu yang sesuai.
Nektar atau cairan pemanis tumbuhan pula telah digunakan sebagai 'umpan' kepada agen-agen pendebunga sejak jutaan tahun lalu.
Bukan semua bunga ada nektar. Ada tumbuhan yang mempunyai nektar pada bunga itu sendiri dan ada juga nektar (nectary gland) yang tidak terdapat pada bunga (extrafloral nectaries).
Pokok akasia sebagai contoh mempunyai nektar pada pangkal daun (petiole).
Persekitaran dan pemilihan tanaman bunga yang betul sebagai bantuan (supplementary plants) kepada kelulut akan memastikan kelestarian kelulut.




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts