Trending

Sunday 7 June 2020

Tips semai biji benih sacha inchi



Ramai yg wasap tny lieys cara nak semai biji benih sacha inchi.. Sebenarnya bnyk cara nak semai, kt bawah ni lieys kongsikan salah satu cara 👇🏻👇🏻
.
Tips semai biji benih sacha inchi :- 🥰

1. Rendam biji benih selama 3 hari 2 malam (jgn lebih dr 2 mlm elak isi dlmnya reput, setiap hari perlu tukar air cegah takut air masam)

2. Sediakan tanah campur isi sabut yg di mesin @ tanah hitam @ 100% cocopeat

3. Letakan biji benih sedalam 1 inci camtu dan tutupkan benih dengan tanah .
gunakan spray utk siram benih, jgn trlalu banyak air cukup sekadar tanah lembab² shj (peringatan ‼️spray 2 hari sekali, letakkan semaian di tempat redup didalam rmh)

# air jgn berlebihan masa siram#
# hati2 semut n siput suka ngan benih ni#
# awal semai letak tempat redup elak cahaya matahari #

4. Dalam masa 1-2mgu, bila benih mula bercambah masukkan ke dlm polibag

5. Selepas 2 bulan baru boleh ubah ke tanah
Guna tanah biasa pun boleh. Pd yg xde tanah boleh letak didlm pasu besar dn letak buluh didalam pasu sbb pokok jenis mnjalar/memanjat.

6. Pada yang nk tanam diatas tanah, pokok jenis menjalar/memanjat, perlukan tiang dn dawai penyokong utk pokok bergantung. Buat tiang berbentuk T. Rentang dawai bersalut macam ampaian kain. Asuh pokok memanjat

7. Jarak diatas tanah antara pokok, 3 meter 1 pokok .

8. Untuk baja ,boleh gunakan baja organic 2 mgu sekali bila pokok dah besar .

Diingatkan ye selepas semai siram 2 hari sekali sahaja bukan 2x sehari jgn keliru ye, pokok ni xboleh banyak air nnt pokok xhidup









Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts