Trending

Sunday, 14 June 2020

MELAYU BERAGAMA HANIF



MELAYU BERAGAMA HANIF?

Ḥanīf (Bahasa Arab: حنيف‎, jamak ḥunafā' حنفاء) daripada perkataan Arab merujuk kepada agama tauhid pra Islam yang bukan Yahudi atau Kristian.

Di dalam Islam, pegangan agama Hanif ialah tauhid kepada Yang Esa dan menolak penyembahan berhala yang dianuti oleh Nabi Ibrahim a.s yang hidup di antara tahun 1861SM iaitu bersamaan hampir 3,881 tahun yang lalu.

Allah berfirman di dalam surah Al-An'aam 6:74;

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.

KESESATAN....!!!!!

Itulah yang berlaku kepada umat-umat Nabi terdahulu apabila pada awalnya mereka menyembah kepada Tuhan Yang Esa kemudian mereka berpaling menyekutukanNya dan kembali SESAT. Dan perkara ini berlaku berulang-ulang maka kerana itulah Allah mengutuskan 313 para Rasul dan 124,000 para Nabi.

Riwayat Abu Dzar al-Ghifari R.A:

Aku bertanya kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah, berapakah bilangan anbiyaa’? Nabi SAW menjawab “124,000 orang”. Aku bertanya lagi: “Berapakah bilangan Rasul daripada kalangan anbiyaa’ tersebut?” Nabi SAW menjawab: “313 orang, dan jumlah itu adalah ramai."
Sahih Ibn Hibban (361)

Itulah berlaku kepada orang Yahudi, kaum Nabi Musa itu, sebentar Allah selamatkan mereka daripada Firaun, maka mereka mudah kembali SESAT untuk menyembah berhala seperti firman di dalam surah Al-A'raaf 7:138.

Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.

Maka perkara umat manusia itu sesat dan mula menyembah berhala adalah disebut di dalam surah Nuh 71:23-24.

"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) #Wadd, dan #Suwaa', dan #Yaghuth, dan #Yauuq, serta #Nasr.
Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia)."

Merujuk tafsir Ibnu Katsir pada ayat tersebut,
pada mulanya nama Wadd, Suwaa', Yaghuth, Ya'uuq dan Nasr merupakan nama orang-orang soleh dari kalangan kaum Nabi Nuh a.s. Ketika mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kepada kaum mereka,

"Buatkanlah tugu-tugu pada bekas tempat- tempat duduk mereka berupa patung-patung, lalu namailah dengan nama-nama mereka."

Maka mereka melakukannya, dan pada mulanya tidak disembah tetapi lama-kelamaan setelah ilmu diangkat dari mereka, maka mulailah patung-patung itu disembah dan dipuja.

Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Hisyam, dari ibnu Juraij dan Ata, dari Ibnu Abbas, bahwa berhala-berhala yang ada pada kaum Nuh itu kemudian menjadi sembahan orang-orang Arab di kemudian harinya. Wadd sembahan Bani Kalb yang terletak di Daumatul Jandal, suwa' sembahan Huzail, yagus sembahan Murad, kemudian Bani Gatif di Al-Jirf di negeri Saba, sedangkan ya'uq adalah berhala sembahan Hamdan, dan nasr sembahan Himyar dan keluarga Zul Kala'.

Dan Al-Hafiz ibnu Asakir di dalam biografi Syis a.s. telah meriwayatkan melalui jalur Ishaq ibnu Bisyr yang mengatakan bahwa telah menceritakan kepadaku Juwaibir dan Muqatil, dari Ad-Dahhak, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Adam a.s. mempunyai empat puluh orang putra; dua puluh orang laki-laki dan dua puluh orang perempuan.-Di antara mereka yang hidup ialah Habil, Qabil,Saleh, Abdur Rahman yang juga dinamai Abdul Haris, dan Wadd. Nama lain dari Wadd ialah Syis, juga disebut dengan nama Hibatullah, dan saudara-saudaranya telah membuatnya menjadi hitam. Lalu Adam beranak lagi, yaitu Suwa', Yagus, Ya'uq, dan Nasr.

Maka Wadd, Suwa, Yaguth, Ya'uq dan Nasr itu adalah anak Nabi Adam yang soleh kemudian apabila mereka wafat, dijadikan patung tanda mengingati mereka kemudian menjadi pula sembahan.

bersambung.....🤭

Copas Wan Amir


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts