Trending

Wednesday 3 June 2020

11 LANGKAH MENANAM BUAH TEMBIKAI



11 LANGKAH MENANAM BUAH TEMBIKAI

Tembikai boleh ditanam walaupun di halaman rumah. Anda tidak perlukan seekar tahah untuk menanam tembikai, di sini kami akan berkongsi idea bagaimana untuk menanam tembikai di halaman rumah sahaja. Suhu iklim Malaysia sangat sesuai untuk menanam tembikai (bertapa bertuahnya kita) . Jadi anda disarankan untuk mengikuti setiap tips dan langkah-langkah seperti berikut.

1. Dapatkan/beli 1 pek kecil benih tembikai merah dan 1 pek kecil benih tembikai kuning. Fungsi benih tembikai merah adalah untuk menghasilkan buah manakala yang kuning untuk proses pembungaan.

2. Jika anda tidak kisah menggunakan racun serangga untuk tanaman anda, rendam benih dengan sedikit racun kulat bercampur racun serangga. Ini akan membuatkan benih anda lebih selamat ketika pencambahan. Kemudian, semaikan anak benih ke dalam bekas semaian yang mengandungi tanah tanaman.

3. Buat satu busut kecil bersaiz 3 x 4 kaki dan berketinggian 6 inci dan gemburkan tanah. Tanah busut harus mengandungi bahan reputan organik (daun reput) dan baja organik. Nilai pH untuk tanah pula diantara 6 hingga 6.8. Jangan biarkan busut ini terlindung dari cahaya matahari.

4. Anak benih akan tumbuh bersama daun muda. Siram tanaman supaya sentiasa lembap sehingga mula mengeluarkan daun dan menjalar.

5. Ambil satu benih tembikai merah dan satu benih tembikai kuning dan tanam bersebelahan. Siramkan kedua dua anak pokok.

6. Tembikai kuning akan mengeluarkan bunga yang banyak manakala tembikai merah masih lagi menjalar dan kurang mengeluarkan bunga.

7. Apabila tumbuh putik buah sulung pada pangkal pokok, buangkan ia dan jangan risau kerana buah pertama akan menganggu pembesaran pokok itu sendiri.

8. Apabila terdapat bunga tembikai merah, kita boleh ambil bunga tembikai kuning tadi dan geselkan kepada bunga tembikai merah. Lakukan dengan lembut dan jangan kasar.

9. Pokok akan berputik dengan cepat. Putik berubah menjadi buah dengan cepat. Boleh di taburkan baja organik atau disembur dengan cecair foliar disekeliling pokok dengan kuantiti yang sikit demi sikit untuk mengelak putik menjadi buruk.

10. Pokok perlukan siraman yang kerap untuk membesarkan buah tembikai. Satu pokok tembikai mampu membesarkan 4 biji buah bersaiz 8 kilo sebiji. Yang berlebihan hendaklah dibuang.

11. Buah akan matang apabila mencapai saiz . Kulit telah regang dan berbunyi pok-pok menandakan ia akan masak dan tembikai tersebut sesuai untuk dipetik.

Kredit : Akademi Flora

Boleh dapatkan pelbagai jenis biji benih tembikai di kedai shopee & lazada kami ⤵️
Harga super jimat dan murah.

🎗️Check out my shop on Shopee! lolagreenresources: https://shopee.com.my/mhaiqal04?v=ed2&smtt=0.0.10

🎗️Come and visit us at Lazada now
https://s.lazada.com.my/s.0WDhM






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts