Trending

Sunday 14 June 2020

Menurut buku Sejarah Melayu yg ditulis oleh Tun Sri Lanang dan Hikayat Merong Mahawangsa




Menurut buku Sejarah Melayu yg ditulis oleh Tun Sri Lanang dan Hikayat Merong Mahawangsa, Kedah merupakan kerajaan paling tua di Tanah Melayu dan juga di Asia Tenggara yg bermula sekitar kurun ke-2 masihi. Boleh rujuk buku Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa, wikipedia dan sumber sejarah lain. Kedah kini menjadi sebahagian daripada Malaysia. Sebelum ini, Kedah juga dikenali sebagai Langkasuka dan Kedah Tua.

Kedah terletak di utara semenanjung Malaysia iaitu selepas negeri Perlis dan diperintah oleh KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah apabila mewarisi takhta kerajaan daripada kekanda baginda Almarhum KDYMM Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang mangkat pada tahun 2017. Baginda adalah Sultan Kedah beragama Islam yang ke-28. Sebelum kedatangan Islam, Kedah telah diperintah oleh 5 orang Maharaja yang beragama Hindu Buddha. Ini menjadikan sebanyak 33 orang Maharaja/Sultan yang pernah dan sedang memerintah.

Baginda belum pernah lagi menyandang jawatan Yang Di-Pertuan Agong kerana giliran baginda belum tiba. Sebelum ini kekanda baginda Almarhum KDYMM Tuanku Abdul Halim pernah menjadi YDP Agong sebanyak 2 kali iaitu sekitar tahun 70-an dan kali kedua pada tahun 2011-2016.

Permaisuri baginda diberi gelaran KDYMM Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff berasal dari negeri Kelantan..

Baginda berdua mempunyai dua orang putera. Putera sulung baginda telah pun dimasyhurkan sebagai DYTM Raja Muda Kedah pada tahun 2017.

Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin merupakan DYTM Raja Muda Kedah dan YBHG Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Arif adalah DYTM Raja Puan Muda Kedah.

Saya akan ceritakan pula mengenai Kesultanan Negeri Perak di posting akan datang.



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts