Trending

Sunday 14 June 2020

Kaum Melayu Satun ialah kaum Melayu yang tinggal di wilayah Provinsi Satun Thailand



Melayu Satun

Kaum Melayu Satun ialah kaum Melayu yang tinggal di wilayah (Provinsi) Satun, Thailand. Mereka membentuk 9% daripada jumlah penduduk Satun walaupun lebih 70% adalah penganut agama Islam. .
Melayu Satun kebanyakannya tinggal di antara sempadan Thailand dan Malaysia, penduduk Patani,Yala,Narathiwat mereka masih dapat kekalkan identiti dan bahasa Melayu,tidak seperti majoriti penduduk Islam Satun yang sudahpun diasimilasikan ke dalam budaya, bahasa dan identiti Thai walaupun hakikatnya majoriti adalah berketurunan Melayu Kedah hanya lebih seabad yang lalu.
.
Anak-anak Melayu mereka sudah terbiasa bercakap bahasa Thai apatah lagi ada yang sudah tidak mahu mengaku diri mereka Melayu ,hanya orang tua mereka sahaja yang masih petah bercakap melayu...jikalau suatu hari nanti golongan tua Melayu di Satun sudah meninggal dunia sudah pasti jati diri Melayu akan hilang dari diri anak2 muda ini.
.
Masyarakat Melayu Satun. Hanya 9% sahaja daripada 312,673 penduduk Satun yang masih mengaku sebagai Melayu walaupun Satun ialah antara empat wilayah majoriti Muslim di Thailand. Majoriti orang Islam di Satun tergolong dalam kaum Samsam ataupun Thai Muslim, hasil daripada berpuluh-puluh tahun proses thainisasi di negara tersebut. Orang Melayu Satun rata-rata menggunakan Bahasa Melayu Kedah atau Pelat Utagha yang sama dengan negeri Perlis dan Kepulauan Langkawi, Kedah. Dan dianggarkan sekurang-kurangnya 14% yang masih boleh bercakap di dalam bahasa melayu di wilayah satun .


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts