Trending

Tuesday, 16 June 2020

Kaedah Mudah Mulakan Ternakan Kambing Rm900 Seekor Potensi Pendapatan Lumayan



Kaedah Mudah Mulakan Ternakan Kambing “Rm900” Seekor Potensi Pendapatan Lumayan.

Asbab kurang pengetahuan dalam bidang ternakan, ada yang menganggap cara ternak kambing ini agak leceh dan memerlukan tumpuan sepenuh masa. Jika anda berfikir seperti itu, anda mungkin kurang faham lagi cara yang betul untuk ternak kambing.

Salah satu sebab kenapa ramai yang berminat untuk menternak kambing adalah kerana kambing ini mudah untuk diselenggara berbanding dengan binatang ternakan lain.

Tambahan pula, modal permulaan untuk menternak juga boleh dimulakan dengan modal yang rendah.

Majalah ilmu akan kongsikan Ringkasan Panduan yang perlu anda lakukan dalam memulakan aktiviti penternakan ini.

6 Proses Cara Ternak Kambing.

1. Membina kandang

Kandang yang bersuaian perlulah dibina bagi menyediakan tempat teduhan kepada ternakan. Saiznya pula bergantung kepada berapa banyak bilangan kambing yang hendak dibela.

Kandang perlulah dibina berjauhan sedikit dari kawasan perjiranan kerana ianya boleh mengundang bau yang tidak enak kepada jiran anda.

Pastikan ada kemudahan asas seperti air paip, bekalan elektrik dan laluan jalan untuk kemudahan pengangkutan.

Tips : Bau busuk dari kandang kambing ini dapat dihilangkan dengan teknik Semburan EM (Effective Microorganisms). Semburan ini boleh didapatkan di kerajaan negeri. Teknik ini berkesan kerana dapat menghilangkan bau busuk dan lalat membiak di dalam kandang.

2. Menyediaan makanan.

Amaran jangan sampai kambing sudah dimasukkan dalam kandang baru anda berfikir tentang sumber makanan.

Kalau macam itu, maka kelaparanlah jawabnya kesemua kambing ternakan anda nanti. Seeloknya, semasa proses membina kandang bermula, anda sudah fikirkan macam mana hendak mendapatkan sumber makanan nanti.

Mula tanam rumput sendiri semasa proses pembinaan kandang berlangsung. Nanti apabila kandang sudah siap, anda boleh terus masukkan kambing tanpa perlu risau akan sumber makanan.

Tips : Bagi memastikan kambing mendapat zat yang mencukupi, pemakanan seimbang perlu diamalkan iaitu diselang-selikan makanan pelet dengan rumput, daun goncak, daun nangka, petai belalang, daun kelapa, daun sawit dan lain-lain.



3. Pemilihan baka kambing.

Setiap baka kambing mempunyai ciri-ciri yang unik. Secara am, baka kambing boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan baka ternakan mengikut fungsi iaitu :

1.Kambing pedaging\

  • Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red, Jermasia.

2. Kambing susu

  • Alpine, Saanen, Toggenburg.

3.  Kambing dwi fungsi (diternak bertujuan mendapatkan susu dan daging)

  • Jamnapari
  • Anglo-Nubian

Setiap baka mempunyai saiz dan berat yang berbeza-beza. Contohnya, baka saneen sesuai untuk mendapatkan sumber susu kerana baka jenis ini menghasilkan kuantiti susu yang lebih banyak berbanding baka kambing yang lain.

Jadi baka apa yang paling sesuai untuk diternak dekat negara kita ini? Cara ternak kambing yang terbaik adalah berbalik kepada objektif ternakan anda.

Jika anda hendak membela kambing pedaging, anda boleh menternak baka Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red danJermasia. Manakala kalau anda hendak ternak kambing susu, anda boleh pilih baka Alpine, Saanen dan Toggenburg.

Ataupun anda hendak bela baka susu dan juga pedaging, anda boleh pilih baka Jamnapari dan Anglo-Nubian.

Tambahan Ilmu : Bagi kambing kacukan yang memiliki berat 35kg, jumlah daging yang diperoleh adalah sebanyak 180 ketul, manakala 40kg ke atas boleh mencecah lebih 200 ketul.


4. Pembiakan.

Perkara yang seterusnya ialah pembakaan. Seekor kambing memerlukan masa antara setahun sehingga setahun setengah untuk menjadi matang.

Ada juga baka yang cepat untuk matang dalam enam hingga lapan bulan sahaja. Tapi seeloknya, tunggu setahun bagi memastikan mutu anak yang bakal lahir nanti adalah terbaik. Apabila sudah sampai tempoh matang, ketika itulah kambing-kambing ini sesuai untuk dikahwinkan.

Bila sudah ada kelahiran, itulah detik indah dan paling menggembirakan bagi seorang penternak kambing.

5. Rawatan penyakit.

Perkara wajib tahu dalam proses penternakan kambing adalah Bersiap Sedia Untuk Rawatan Penyakit.

Antara penyakit yang kerap melanda ternakan ialah penyakit puru. Kebiasaannya penyakit ini akan terkena kepada anak-anak kambing yang baru lahir. Tanda-tanda kambing diserang penyakit puru ini adalah dengan adanya gelembung-gelembung berair pada mulut, bibir dan gusi.

Antara penyakit yang sering menyerang kambing adalah perut kembung, kutu, sakit mata dan kuku. Namun penyakit ini dapat dielakkan sekiranya anda mencuci kandang setiap hari dan menyembur EM selalu. Anda digalakkan menitiskan beberapa cairan EM ke dalam minuman kambing anda.

Setiap 4 bulan, anda digalakkan untuk memeriksa kadar kesihatannya dan memberikan ubat cacing. Selain itu, pemberian Vitamin dan antibodi yang kerap dari semasa ke semasa dapat mengurangkan risiko binatang ternakan terkena penyakit.

6. Penjualan.

Sebenarnya ada banyak cara untuk anda menjual kambing-kambing ternakan anda ini. Salah satu caranya ialah dengan menawarkan servis pembekalan daging kambing kepada restoran dan juga hotel yang berdekatan dengan kawasan anda.




Potensi Pendapatan : Rata-rata penternak memperoleh pendapatan agak tinggi iaitu mencecah antara RM7,000 hingga RM8,000 bagi seekor lembu, manakala harga seekor kambing bermula daripada RM500 hingga RM1,000 seekor.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts