Trending

Sunday, 14 June 2020

Semenanjung Tanah Melayu digelar Chersonesus Aurea Semenanjung Emas oleh Claudius Ptolemy



ga ke Singapura di bahagian selatan. Titik tersempitnya ialah Segenting Kra. Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Pattani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand. Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Selain itu , Bedelong merupakan negeri tunggal semenanjung Melayu yg tiada laut . Keluasan Semenanjung tanah melayu ialah sekitar 242,400km2
.
Semenanjung Tanah Melayu digelar Chersonesus Aurea ("Semenanjung Emas") oleh Claudius Ptolemy, ahli astronomi dan ahli matematik Yunani terkemuka, manakala orang India merujuk kepadanya sebagai "Tanah Emas". Nama "Semenanjung Tanah Melayu" ialah terjemahan daripada "Malay Peninsula" dalam bahasa Inggeris. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan, ini menjadikan rantau Melayu sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar India, Arab dan China.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts