Trending

Sunday, 7 June 2020

Terdapat berpuluh spesis money plant yang wujud di dalam dunia ni



Indoor Plant : MONEY PLANT

Sejenis Indoor Plant yang paling digemari dan sangat popular di kalangan pencinta indoor plant. Ia mudah membesar dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Terdapat berpuluh spesis money plant yang wujud di dalam dunia ni. Antara yang popular ialah:

1. Golden Pothos
2. Neon Pothos
3. Manjula Pothos
4. Marble Queen Pothos
5. N'joy Pothos

*TIPS PENJAGAAN 'MONEY PLANT'*
----------------------------------------
๐Ÿ”…_PENCAHAYAAN_ ๐Ÿ”…

Money Plant (spesis pothos) ini terkenal sebagai 'indoor plant'. Maka kedudukannya adalah di dalam rumah. Namun begitu, pokok ini masih memerlukan cahaya matahari. Maksudnya, 'indirect sunlight'. Maka carilah tempat yang agak terang untuk meletakkan pokok ini.

๐Ÿ’ฆ_AIR_ ๐Ÿ’ฆ

Pokok ni tidak memerlukan penyiraman setiap hari. *Cukup dengan semburan (spray) di tanah dua atau tiga kali seminggu - untuk indoor plant.*

*** kurangkan semburan di daun jika keadaan di dalam rumah terlalu lembap atau agak gelap kerana daunnya akan mudah terkena jangkitan fungus jika air semburan itu tidak cepat kering.

Dua hari sekali untuk pokok yang diletakkan di hadapan rumah tetapi tidak menerima cahaya matahari langsung.

Setakat ini, tidak ada masalah jika kau menggunakan pasu yang berlubang atau tidak. Yang penting, untuk *pasu yang tak berlubang,* pastikan kuantiti air itu dikawal dan dikurangkan.

Rasa permukaan tanah dahulu. Siram jika ia sudah kering. Selalunya, lapisan batuan diletakkan di dalam pasu (layer di bawah tanah) untuk memudahkan pengaliran air keluar dari tanah.

Untuk yang malas nak siram, baik kau rendam saja kat air. Tak perlu siram dah. Cuma tengok warna airnya. Kalau bertukar warna, tukar saja air yang baru. Buatlah jadual seminggu sekali atau seminggu dua kali untuk tukar airnya.

Lagi satu, perhatikan selalu kandungan air tu. Bukan apa. Takut jejentik pula yang tumpang kang. Tak pasal-pasal kena saman nanti. Dah terpaksa kena buat muka seposen kat depan penguatkuasa. Kahkah

๐ŸงคBAJA๐Ÿงค

Pokok ini memang perlu dibaja. Tak perlu selalu. Sebulan sekali sudah mencukupi.

๐ŸŒณ *HH Homedecor* ๐ŸŒณ

*** gambar-gambar yang aku sertakan ini adalah sebahagian daripada pokok yang berjaya aku bela, biak dan hiaskan.

Copypaste dari FB Page: HH Home Deco / Indoor Plant

Follow IG: hhindoorplant

**** memandangkan ada yang mungkin salah faham dengan nama Satin Pothos dan Silver Pothos (yang kebanyakan orang keliru ia dalam keluar Money Plant atau tidak), saya buang dari senarai tu. Ia bukan kategori money plant ya. Ia philodendron. Cuma kebanyakan orang keliru dengan nama yang diberi. Cara penjagaan dan pembiakannya tetap saja sama. Cuma, tujuan saya meletakkan nama pokok ini di dalam senarai atas supaya anda mudah faham bagaimana cara penjagaannya.














Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts