Trending

Friday, 19 June 2020

Penggunaan Philips Pressure Cooker PPC model HD2139



Sedikit perkongsian ilmu asas berkenaan penggunaan Philips Pressure Cooker (PPC) model HD2139 khususnya kepada tuan/puan yang baru nak guna PPC (kami beli PPC ni di Tesco dengan harga promosi RM319).

Macam-macam jenis masakan boleh dibuat dengan PPC ni ; pelbagai jenis nasi khususnya nasi arab, sup tulang, kari daging/ayam/kambing, ayam panggang, bihun goreng, nasi goreng, bubur, roti, kek, dodol, lemang, kuih dan lain-lain. Masa masakan pun singkat, bahan mentah seperti daging akan cepat empuk dan proses memasak menjadi mudah.

Tuan/puan disarankan untuk click pada setiap gambar yang saya sertakan di bawah kerana pada setiap gambar tersebut ada penerangan cara guna PPC khususnya berkenaan pelarasan "valve" untuk pilihan "bake", "seal", dan "vent" serta cadangan cara memasak beberapa menu pilihan.

Antara yang menarik penggunaan PPC ni (pendapat saya lah) ;

1.Nak masak nasi secepat 3 minit (termasuk persediaan suhu panas PPC akan jadi lebih kurang 8-10 minit juga), boleh pilih mode bake vegetable dan pusingkan valve ke arah "bake". Jika setkan valve ke arah "seal" pun boleh tetapi bagi saya (pengalaman sendiri), jika valve di "bake", nasi jadi cantik dan tidak lembik sangat berbanding letakkan valve pada "seal". Sila rujuk gambar yang saya sertakan. (Kalau guna mode "rice" 14 minit valve ke arah "seal" ya).

2.Nak buat nasi goreng segera tanpa masak nasi dan sejukkan nasi (maksudnya masak terus), tumiskan dahulu bahan-bahan guna mode bake (buka lid). Kemudian masukkan beras dan air dan setkan mode bake vegetable 3 minit (tutup lid) valve ke arah "bake". Nasi akan masak sepenuhnya dalam masa 12 minit. Sila rujuk gambar yang saya sertakan.

3.PPC ni boleh juga digunakan untuk menumis. Boleh gunakan mode bake (pilih mana-mana menu) dan tekan start tanpa tutup lid (penutup) atau terus sahaja tekan start. Biarkan terbuka dan masaklah dengan hati yang riang ria ya. Dah siap, boleh pilih mode yang bersesuaian dan tutupkan lid dan pastikan valve dipusingkan ikut jenis masakan berair (valve ke arah seal) atau masakan kering (valve ke arah bake).

4.Kesedapan masakan menggunakan PPC ni memang luar biasa lagi-lagi kalau buat masakan "sup tulang", "nasi arab" atau "kari daging". Memang speechless. Mungkin sebab semua bahan terperap lama dengan pressure yang tinggi, semuanya jadi sebati dan sangat mesra. Daging akan jadi lembut, bahkan akan tertanggal dari tulang dengan mudah (jika sup tulang) - kalau masakan dimasak dengan cara yang betul lah (cukup rempah ratus dan ikut prosedur yang betullah 😅).

Dan... setahu saya, PPC ni tak sesuai untuk menggoreng lagi-lagi dengan minyak yang banyak. Untuk menumis tu bolehlah. Untuk menumis, tuan/puan boleh terus menekan button "start" dan menumislah dengan lid terbuka. Dah siap menumis, boleh tekan button "stop", tutupkan lid dan pilih mode masakan yang bersesuaian dan pusingkan valve ke arah bake (masakan kering) atau seal (masakan berair/berkuah atau memerlukan pressure).

Atau boleh juga menumis dengan terus memilih mode masakan yang sesuai dan tekan button start. Setelah selesai menumis, boleh terus tutup lid dan tetapkan valve ke arah bake (masakan kering) atau seal (masakan berair/berkuah atau memerlukan pressure).

Juga... jika buat masakan berlauk/berair seperti kari daging dan lain-lain, kemungkinan besar air akan "bertambah" jika diletakkan valve pada seal sebab air daripada daging, ayam akan keluar sekali. Jadi, jangan bubuh air banyak sangat. Jika nak keringkan air sikit/nak bagi pekat, tukarkan valve ke arah bake. Seterusnya, jika nak tambahkan air pada tumisan dan sebagainya, gunakan air "panas" ya supaya suhu PPC kekal dengan pressure yang sedia ada.

Kalau nak beli inner pot tambahan jenis stainless steel (ss) 6L, boleh beli yang original keluaran Philips. Harga lebih kurang RM90+ hingga RM120. Jika mampu, belilah inner pot ss yang original keluaran Philips.

Ramai juga geng group ni guna pot tambahan ss 6L brand "Panaletrik" yang dibeli di shopee dengan harga RM40+ yang memang muat dan sesuai juga dgn PPC HD2139. Ramai juga yang dah guna pot ss Panaletrik ni bertahun-tahun dalam PC HD2139.

Tujuan beli pot tambahan ss ni adalah untuk elakkan pot yang asal (non stick) jadi calar terutamanya masakan sup tulang dan memudahkan kerja nak buat 2 masakan dalam satu masa jika ada 2 pot ; 1 pot untuk masak nasi dan 1 pot lagi untuk masak lauk.

Ok, moga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan tuan/puan. Selamat memasak. Utamakan keselamatan ya 👍

Silakan "share" tanpa minta izin. Saya ikhlas berkongsi untuk kebaikan kita bersama khususnya kepada tuan/puan yang baru gunakan PPC.

Moga bermanfaat.

"Bersyukurlah kerana berpeluang memiliki PPC. Maksimumkanlah penggunaannya untuk memasak pelbagai jenis masakan untuk keluarga tersayang"

- Sare Sensei / SaZu

Rujukan tambahan :

Cara nak ubahsuai masa memasak PPC HD2139 :
https://m.facebook.com/groups/1652903474963934?view=permalink&id=2577050382549234 (Sare Sensei)

Cara cuci lid (penutup) PPC HD2139 :
https://www.facebook.com/groups/1652903474963934/permalink/2580988375488768/ (Mandy Loke)

Cara pasang sealing ring (getah pada lid) : https://m.facebook.com/groups/1652903474963934?view=permalink&id=2581764145411191 (Mandy Loke)

*****

Maaf ya saya tulis atas gambar guna gerakan jari/lakaran...tulisan tak berapa kemas 😅 Harap boleh baca dan faham.

Saya pun masih baru dalam dunia PPC. Tidak semestinya apa yang saya kongsikan ini mesti dibuat dan betul 100%. Perkongsian dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang lain khususnya yang telah lama menggunakan PPC amatlah dialu-alukan. Dan, jika ada sebarang soalan, tidak semestinya saya boleh jawab dengan baik. Bantuan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan lain juga amatlah diharapkan 🙏🤝

Terima kasih kepada sifu Pn Noorhayati (moderator KPPPC) atas tunjuk ajar sebelum ini.





















Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts