Trending

Monday 29 June 2020

Asal Usal Durian Duri Hitam



Asal Usal Durian Duri Hitam

Pokok induk Durian Duri Hitam berasal dari Kampung Lima Kongsi, berhampiran Sungai Bakap yang terletak di selatan jambatan kedua Pulau Pinang. Pokok tersebut telah dirahsiakan bertahun-tahun lamanya walaupun mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pengusaha durian tempatan kerana pemilik asal iaitu Bagi Kau enggan untuk menjual benih pokok Durian Duri Hitam. Bagi Kau menjumpai benih asal pokok tersebut ketika berada di negara Thailand. Namun begitu, tidak diketahui secara mendalam asal-usul pokok tersebut.

Pada pertengahan tahun 1980-an, Bagi Kau telah memberi keizinan kepada rakannya, Leow Cheok Keong, untuk menanam benih tersebut di ladangnya di Nibong Tebal yang menjadi kebun Durian Duri Hitam komersial yang pertama. Namun begitu, menurut Leow, apabila pokok-pokok pertama mula mengeluarkan buah, hasilnya tidak memberangsangkan di mana ia mempunyai rasa yang manis dan isinya tidak mempunyai struktur lemak berkrim serta rasa yang agak memabukkan. Beliau mengambil keputusan untuk membiarkan pokok tersebut tetapi tidak melaburkan modal untuk membesarkan perusahaan tersebut.

Pada sekitar tahun 2000, Ah Heng iaitu seorang pengusaha durian telah diperkenalkan kepada Durian Duri Hitam dan telah membuat keputusan untuk memotong pokok-pokok Durian D24 di kebunnya untuk dikacukkan dengan benih Durian Duri Hitam. Beberapa tahun kemudian, pokok-pokok tersebut akhirnya menghasilkan buah yang hari ini dikenali sebagai Durian D200.

Durian Duri Hitam mula menjadi buah mulut peminat tegar durian pada tahun 2010 apabila Ah Heng dan duriannya mendapat perhatian media. Mengambil peluang atas populariti tersebut, Ah Heng telah menyertai pertandingan Durian Terbaik Peringkat Negeri Pulau Pinang dan memenanginya untuk 2 tahun berturut-turut. Pada tahun 2013, jenis durian ini telah didaftarkan secara rasminya melalui MARDI dengan kod D200 dengan mengiktiraf Leow Cheok Keong sebagai pemilik benih asal.



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts