Trending

Sunday 14 June 2020

ISTANA LONG PUTERI MAIMUN SELANGOR



ISTANA LONG PUTERI / MAIMUN SELANGOR.

Istana Long Puteri / Istana Maimun merupakan kediaman Raja Long Puteri iaitu cucunda Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor yang keempat). Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Jugra. Daripada aspek senibina bangunan, Istana Long Puteri merupakan sebuah rumah berdindingkan papan, bertiang dan berlantaikan batu. Untuk memasuki istana ini, kita perlu menaiki 14 anak tangga yang dibina daripada bahan batu. Dari segi ruang dalaman istana ini, terbahagi kepada 3 ruang iaitu bahagian ruang tamu, ruang tengah dan dapur, di mana bahagian dapur telah dipisahkan daripada ruang tengah. Istana ini juga mempunyai 3 bilik dan sebuah bilik tamu.

Gambar di bawah adalah pemandangan bahagian hadapan Istana Long Puteri (Istana Maimun), Jugra, Kuala Langat yang ketika itu didiami oleh Raja Sakiah ibti Raja Mustar sekitar tahun 1930. Malangnya kini, Istana ini tidak diselenggara dengan baik.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts