Trending

Thursday 25 June 2020

STATUS TANAH PERTANIAN BOLEH KE BINA RUMAH



STATUS TANAH PERTANIAN BOLEH KE BINA RUMAH?
.
.

Ada yang mewarisi tanah daripada ibu bapa yang berstatus tanah pertanian?
.

Kebiasaannya, saiz tanah ini melebihi 1 ekar. Jadi, bolehkah kita boleh bina rumah?
.

YA:

1) Sesetengah Majlis Daerah masih memberikan kelulusan pelan rumah yang akan dibina di atas status tanah pertanian.
Mungkin disebabkan faktor tanah pertanian dan faktor zoning di sesebuah kawasan yang menyebabkan mereka masih membenarkan kelulusan pelan atas tanah pertanian.
.
.

2) Pinjaman Perumahan untuk kakitangan Kerajaan membenarkan pinjaman diberikan kepada pemohon yang ingin membina di atas tanah pertanian. Tetapi masih tertakluk pada yang No 1, iaitu pelan rumah perlu diluluskan oleh Majlis Daerah.
.

3)Jika Majlis Daerah mewajibkan tukar dahulu status tanah ke bangunan, mahu tidak mahu pemohon perlu tukar juga walaupun Pinjaman Kerajaan tidak mewajibkannya. Kuncinya, yang meluluskan pelan rumah adalah Majlis Daerah.

TIDAK:
.

1) Kebanyakan Majlis Daerah sudah mewajibkan pemilik tanah untuk menukarkan status tanah pertanian ke status bangunan bagi syarat kelulusan pelan rumah.
.

Ini bermaksud, permohonan kelulusan pelan hanya diberikan apabila tanah sudah ditukar status atau sedang dalam proses ditukar status.
.

Diingatkan, pemohon tidak dapat menghantar permohonan pinjaman pinjaman perumahan kakitangan kerajaan selagi pelan rumah tidak diluluskan Majlis Daerah.
.

2) Majoriti pinjaman bank mewajibkan tanah ditukar status kepada status bangunan walaupun sesetengah Majlis Daerah meluluskan pelan bagi status pertanian. Ini bermaksud, walaupun pelan itu sudah lulus di peringkat Majlis Daerah, bank akan menggunakan polisinya bagi menolak pinjaman bagi tanah berstatus pertanian.
.

Ini disebabkan pihak bank juga mahu melindungi kepentingan mereka yakni jika terdapat kegagalan bayaran pinjaman, banglo yang akan dilelong itu lebih tinggi nilainya jika ia berada dalam tanah berstatus bangunan.
.

Soalan?


##Bagaimana pula jika kita buat rumah secara tunai / cash?
.

Jawapan: Jika kita buat ikut prosedur Majlis Daerah, kebanyakan tanah perlu berada dalam status bangunan sebelum pelan rumah diluluskan.
.

Tetapi, jika kita tidak mengikut prosedur Majlis Daerah, itu rujuk perkara lain.

.

Jadi untuk memudahkan tukarlah status tanah anda walaupun Majlis Daerah ditempat anda tidak mewajibkan begitu bagi permohonan pelan rumah.
.

Kos tukar status adalah berbeza mengikut setiap Daerah dan kosnya tidaklah mahal. Anda boleh rujuk kos di Pejabat Tanah masing-masing.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts