Trending

Sunday, 7 June 2020

Begini Cara Mudah Tanam Nenas Dalam Pasu Bunga Dijamin 100 peratus Berbuah



Orang kata kalau tak pandai makan buah-buahan sangatlah rugi seumur hidup, terutama buah-buahan tempatan seperti durian, nenas, betik, tembikai dan sebagainya kerana ianya mengandungi banyak vitamin dan amat baik untuk kesihatan badan.

Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara senang nak tanam nenas dalam pasu bunga, tidak perlu tanah atau kebun yang luas, jika sekadar untuk suka-suka dan makan sendiri.

1. anda perlu memilih saiz pasu yang besar berukuran lebih kurang 11 inci lebar dan 9 inci panjang supaya akar lebih luas mencari makanan dan tanah tdk cepat kering.

2. media tanah adalah 70% tanah kompos/topsoil, 20% cocopeat dan 10% sekam padi. gaulkan semua sama rata. Saya menggunakan baja npk15.15.15 untuk tumbesaran pokok. sekali sekala diselang seli dengan baja foliar/cecair.

3. dalam pic tu saya tanam nenas varieti MD2. Nenas ni dikatakan lebih manis seperti madu, lebih tahan lasak dan tidak cepat rosak selepas masak/berair walaupun lebih seminggu terbiar. Lagi satu, daun nenas md2 tidak berduri dan senang untuk merumput.

4. sebelum menanam, buka daun di bahagian bawah akar supaya akar cepat keluar dan daun cepat membesar, jika tidak pertumbuhan terbantut kerana akar lambat keluar.



5.Penyiraman hendaklah dilakukan bergantung pada kelembapan tanah dalam pasu, jangan terlalu lembap dan kering. Pastikan pasu/pokok nenas terkena sinaran cahaya dari pagi hingga ke petang untuk mendapatkan kualiti buah yang berkualiti dan manis.

6. Nenas yang terlindung pada cahaya matahari dan tumbuh di bawah pokok mempunyai kemanisan yang tidak berapa tinggi/tawar berbanding di bawah sinaran matahari.

7. Jangka masa nenas mengeluarkan buah adalah sekitar 10 bulan, manakala nenas akan masak sekitar 3 bulan.


Harga nenas MD2 lebih mahal berbanding nenas lain kerana ketahanan fizikal dan tidak berduri. Antara nenas lain yang terdapat di pasaran adalah nenas Josephine, Morris dan sebagainya.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, silakan kongsi di wall facebook dan whatsapp anda terima kasih.



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts