Trending

Thursday, 7 March 2019

YA HAYYU YA QAYYUM BIRAHMATIKA ASTAGIH.


ASMA' YA HAYYU YA QAYYUM.
Imam Al Ghazali mengatakan :
" Siapa yang menginginkan keuntungan mempunyai Kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari bahaya dan tipu daya musuh, diindahkan tutur katanya dan luas rezekinya menjadi kaya, maka bacalah (Ya Hayyu Ya Qayyum)."
1.) Setiap hari dan malam 1000x dan siapa yang berkesusahan maka perbanyakan lah bacaan :
YA HAYYU YA QAYYUM BIRAHMATIKA ASTAGIH.
MAKNANYA :
Ya Hayyu Ya Qayyum aku mohon bantuan dengan rahmat-Mu.
2.) Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu kita dalam banyak perkara.
Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas sholat Isya', khasiatnya seperti berikut :
KHASIATNYA :
a.) Orang akan mematuhi kata-kata kita dan mengikut perbuatan kita.
b.) Kita akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan.
c.) Kita akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan kita. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.
d.) Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.
e.) Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.
f.) Disukai orang ramai.
Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir :
" Ya Hayyu Ya Qayyum." 1000 kali.
DOANYA :
Ya Hayyu Ya Qayyum. Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.
Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau.
Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah.
Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan.
[ Ya Hayyu Ya Qayyum ] 11 kali.
Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.
Sholawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin....
SELESAI...
SEKIAN DAHULU...
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita dan keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts