Trending

Wednesday, 6 March 2019

AMALAN PEMBALIK SIHIR


AMALAN PEMBALIK SIHIR.
Amalan untuk merendahkan, menyekat kejahatan dan membalik kejahatan / sihir kepada pengupah sihir dan tukang sihir. (amalan PEMBALIK).... :
TATA CARANYA :
Amalkan setiap awal waktu Dhuha (selepas Sholat Dhuha dan Solat Hajat). Dan selepas sholat Maghrib..
MANTRANYA :
1.) YA KHAAFIDH. (Wahai Tuhan Yang Merendahkan) 1000x.
2.) YA QAADIIR. (Wahai Tuhan Yang Maha Kuat) 554x.
3.) YA QAABIDH. (Wahai Tuhan Yang Memegangi / Menggenggam) 1000x.
4.) YA HASIIB. (Wahai Tuhan Yang Maha Menghitung) 777x.
5.) YA QAHHAR. (Wahai Tuhan Yang Maha Gagah) 306x.
6.) YA MUNTAQIM. (Wahai Tuhan Yang Maha Membalas).
Sebanyak mungkin sampai kita merasakan pihak berkenaan berada di hadapan kita.
KEMUDIAN BACA :
Kemudian baca 7x (ayat 18, Surah Al-Baqarah) sambil meniatkan rosak / musnah sekalian anggota dan sendi musuh terutama telinga, mulut dan mata juga fikiran musuh.. Hembus ke arah hadapan kita. Jika ada fotonya lagi bagus.
- Baca Ayat 249 : Surah Al-Baqarah, ayat 17.
- Surah Al-Anfal, ayat 23 dan 65.
- Surah Al-Maidah, ayat 111.
- Surah Taha, ayat 8-9.
- Surah Muhammad.
- Surah An-Nasyr dan Surah Al-Fiil.
Niat memulangkan semua penyakit kita dan memporak-perandakan musuh iaitu penyihir dan pengupah sihir. Hembus ke hadapan.. Amalkan setiap hari sampai 41 hari atau sehingga terjadi sesuatu kepadanya..
PERINGATAN :
Amalan ini adalah sesuai untuk pesakit-pesakit sihir yang sudah lama dan berpanjangan. Boleh juga diamalkan oleh ahli keluarga pesakit. Biasakan juga amalkan sholat sunat Taubat, sholat Hajat dan sholat Dhuha dan sentiasa bersedekah. Insha Allah kita dapat melihat kesannya. Gunakan dengan matang bukan dengan nafsu amarah..
SEMOGA DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA. Aamiin Ya Rabbal 'Alin....
TERIMA KASIH..
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita dan keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


2 comments:

  1. Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
    Saya mencari perawat disekitar kelantan, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, setiap hari beratus-ratus benda halus di hantar kepada saya.
    Mohon membantu saya, saya hilang upaya..
    email : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Qobiltu.. Izin mempelajari dan Mengamalkan.. Semoga bermanfaat. Alfatehah buat Tok Penjejak Badai..

    ReplyDelete

About

Popular Posts