Trending

Thursday, 28 March 2019

Cara MengeTUT Pokok Betik Supaya Berbuah Cepat


Shallom! artikel malam ni saya kongsikan cara menge'tut' pokok betik supaya berbuah rendah, tak perlu mau panjat, anak saya yang 3 tahun pun boleh memetiknya. Caranya amat mudah, korang boleh buat sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Cocopet atau sabut kelapa hancur (basahkan hingga lembab)
2. Plastik bag
3. Tali rafia
4. Pencungkil gigi







Cara-caranya:

1. Pilih pokok atau dahan betik yang hendak di 'TUT' dan potong semua batang daun, tinggalkan tunas atas



2. Potong separuh dari bawah batang pokok betik seperti gambar dibawah (45 darjah sudut)



3. Ambil pencungkil gigi dan gepit pada bahagian yang di potong tadi dan tutup dengan cocopet yang sudah dibasahkan dalam bekas plastik yang telah di belah


4. Ikat dengan tali rafia hingga ketat. Pastikan di tutup sepenuhnya dengan plastik supaya cocopet tidak jatuh



5.Tunggu sehingga 30 hari


6. Selepas 30 hari inilah hasilnya, akar sudah mula tumbuh di bahagiab yang di potong tadi, pindahkan ke pasu



7. Inilah hasilnya selepas beberapa bulan, pokok betik yang telah di 'TUT' tadi berbuah rendah dan mudah untuk memetik buahnya. Best kan? 



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts