Trending

Friday, 1 March 2019

Energy healer Jangan x tahu pula


Energy healer...Jangan x tahu pula...😉
Biasanya, setelah seseorang menerima inisiasi (Atunement) dalam mempelajari ilmu seperti Reiki, Tenaga dalam, Bio-Energy, Ilmu hikmah dan lain-lain, deria GHAIB nya yang selama ini tertidur dorman dalam badan akan bangkit, menimbulkan sensasi-sensasi yang sering disalah anggap sebagai satu gangguan dari entiti tertentu hingga menimbulkan ketakutan dan anggapan salah dari group tertentu yang memandang serong pada ilmu sebegini.
Kebolehan ini, biasanya dipanggil sebagai kebolehan psikik, atau lebih umum kami panggil sebagai sensasi tubuh sahaja. Kerana psikik agak terlalu ke-Barat-an dan kurang selesa disebut-sebut oleh orang yang baru belajar ilmu energy, dan sering dikaitkan dengan superhero kartun.
Sensasi tubuh ini tidak dinafikan memang wujud, dan rasanya berbeza-beza bagi setiap orang. Namun ada juga yang sama dan serupa. Ini dipengaruhi oleh kefahaman, kepercayaan, pengalaman hidup, trauma dan dominasi hemisfera otak masing-masing.
Sensasi-sensasi ini pula biasanya akan membawa kepada pengaktifan kebolehan tertentu pada diri anda, yang selama ini dipandang biasa, dihina dan diperlekehkan seperti sampah. 70% orang-orang yang mempelajari dan mendalami ilmunya bersungguh -sungguh terdiri dari looser, pencundang, rendah harga diri, dan mangsa sihir.
Yang mana jika ia dilatih, difahami dan DIJELASKAN secara telus, oleh ahli, guru, dan pengajar yang memang sudah faham dan biasa dengan situasi ini, akan menjadikan sensasi ini sebagai satu kebolehan AJAIB yang boleh digunakan untuk membantu manusia dan diri anda sendiri.
Ada pula lps attunement jd sakit kepala...hmm...SAKIT KEPALA BERTERUSAN ...jangn ingat guru bg SAKA pula nanti...
Sensasi ini tidak dinafikan agak mengganggu kehidupan seharian jika ia tidak dibereskan segera. Dan kadangkala, agak susah untuk membezakan mana sakit kepala yang betul atau sensasi dari respon saraf otak kiri yang menyerang otak kanan.
Biasa terjadi pada orang-orang yang terlalu berkeras, memaksa, dan tergesa-gesa mahu membuka Mata Ghaibnya, apalagi jika ditambah dengan niat mahu membongkar rahsia orang lain. Tenang saja kawan. Spiritual itu mudah dan simple.
Tujuan kita dalam mempelajari ilmu spiritual, metafizik dan bio-aura, bukanlah untuk mahu membuka-buka dan menyebarkan aib orang. Bukan juga untuk melihat bagaimana bentuk dan rupa syurga serta neraka.
Orang-orang yang selama ini AGAK LOJIK, dan didominasi otak kiri, cenderung merasa "Was-was" dan "Tertanya-tanya" validiti bagi benda yang tidak mampu dihadam oleh indera fizikal, disebabkan ini, terjadinya serangan dari neuron otak kiri untuk MEMATIKAN hubungan dari saraf otak kanan.
Seringkali, ada sesetengah orang yang suka menuduh bahawa ada jin sedang masuk dalam kepala, untuk mengambil alih kesedaran mereka yang mengalami isu begini supaya meninggalkan segera ilmu energy. Kerana attunement adalah proses pemindahan saka guru kepada murid. Hahaha.
Nasihat saya, SENYUM, RILEKS, dan PASRAH dalam latihan dan amalan. Usah tergesa-gesa mahu menjadi superhero untuk menggunakan mata ketiga anda untuk rawatan. Faktanya, tanpa mata ketiga sekalipun, anda tetap boleh menyalurkan energy penyembuhan dan membuat pagar ghaib pelindung energy bagi diri, klient dan keluarga anda.
Mata ketiga fungsinya hanyalah sekadar ANALISIS, bukan HAKIKAT. Dan ia didapati melalui wisdom, kebijaksanaan, kesedaran dan KETENANGAN DARI HATI YANG TERDALAM. Bukan dipengaruhi oleh nafsu yang tergesa-gesa dan celaru.
Perbanyakkan minum air, mendengar lagu-lagu yang menenangkan (Mengaji atau baca ayat suci dari agama masing-masing jika itu mampu menimbulkan rasa gembira, kesedaran dan kerendahan hati kepada Tuhan, lagilah digalakkan), Tafakkur / Meditasi dengan perasaan yang tenang, "TINGGALKAN" dan "LUPAKAN" hal-hal duniawi ketika anda melakukan aktiviti ini sekurang-kurangnya 10-30 minit sehari.
Lepas attunement..ada pula yg bg tau...
MASTER...ORANG TIBA-TIBA MENJADI SENANG BERADA HAMPIR DENGAN ANDA..Kenapa ye...
Orang tua dulu-dulu, biasanya agak berhati-hati dalam situasi ini. Kerana mereka hidup di zaman "Peperangan ilmu", maka aktiviti mencuba-cuba kehandalan ilmu masing-masing tidak dapat dielakkan, lalu kita pun ditakuti supaya jangan sesekali mendekati orang yang ganjil perwatakkannya kerana bimbang anda akan dikenakan ilmu santau, pemanis dan dicalit minyak dagu.
To be fair, dalam situasi umum. Anda tanpa disedari akan "dikasihi, disayangi, diperhati, dan dikonformkan" oleh orang biasa tanpa perlu mencalit minyak dagu kepada sesiapapun. Dan bergantung kepada kadar latihan, keyakinan dan besarnya tabung tenaga dalam tubuh anda, usah hairan jika ada sahaja orang yang tiba-tiba "Open" kepada anda, walaupun baru kenal dalam masa yang singkat.
Inilah masa yang paling sesuai untuk anda menyebarkan dan meyalurkan energy cinta kasih atau penyembuhan kepada sesiapa sahaja yang anda jumpai, baik di warung mahupun kompleks beli belah. Usah segan silu memancarkan energy dengan niat membahagiakan semua manusia di mana jua anda berada.
Benar, anda tidak akan mampu memberhentikan perang dunia keempat, menyembuhkan semua pesakit kanser di dunia, mahupun memberikan makanan kepada semua kanak-kanak di Afrika, tetapi tiada salahnya MENYEBARKAN cinta kasih dan sedekah energy kepada semua makhluk dengan niat baik kan?
Sebenarnya ini bukanlah sensasi, tetapi lebih kepada efek pembangkitan aura pada tubuh yang selama ini terkunci, membuatkan kewujudan anda tidak dikenali. Usah terkejut jika anda menerima tuduhan dari orang tertentu kononnya diikuti jin, atau memelihara saka minyak dagu, kerana aura anda yang memancar tidak dinafikan akan membuatkan ramai yang cemburu dan jeles.
Di tanya lg...MASTER LEPAS ATTUNENENT SAYA SERING MENERIMA JAWAPAN YANG DIBISIKKAN TERUS DALAM HATI ATAU TELINGA...JIN MANA PULA NI MASTER🤔
Fahamilah ye...
Bisikkan ini datangnya dari DALAM, bukan luar telinga. Dan melalui sentimen inilah, ramai orang merasa takut dan fobia kerana merasakan ada entiti luar yang sedang mengikuti dan berbisik secara terus sebelah mereka ke telinga.
Suara dalaman ini, digelar INTUISI. Gerak rasa dalam hati nurani yang biasanya menolong anda setelah biasa mengakses kondisi super sedar dan tenang hening yang damai. Jika anda sering melakukan latihan mengakses ke dalam diri, maka kebolehan ini tidak akan asing kepada anda.
Jika ia datang dari luar, dan anda sering mengigau tengah malam bermimpi melihat ada hantu pontianak sebelah katil anda, atau baring bersama-sama, yup, itu barulah namanya gangguan. Hehehe.
Ada masanya, bantuan ini bukan datang dari bisikan dalaman. Kadang-kadang anda akan dapat ilham setelah mendengar suara spontan dari orang, atau sumber-sumber alam sekeliling. Kadang-kadang ketika anda melihat papan tanda, tiba-tiba saja anda terbaca contengan orang yang terus masuk ke dalam hati, "menyedarkan" anda tentang perkara dan permasalahan tertentu.
Ok lah..last nk bg tau... ilmu-ilmu "ghaib" ini adalah untuk proses membersihkan diri, membangkitkan kesedaran jiwa, serta mengenal potensi diri, banyak orang-orang yang tinggi EGO dan besar HAWA NAFSU nya sering gagal atau meninggalkan ilmu sebegini kerana tidak mampu mencapai titik utama ilmu ini...so renungkanlah ye..
Sekian

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts