Trending

Monday, 25 March 2019

CARA MENEMUKAN BARANG SIHIR


CARA MENEMUKAN BARANG SIHIR
============================
Sebelum tidur di waktu malam pastikan anda berwuduk dan lakukan solat sunat empat rakaat dengan dua salam. Niatkan di dalam hati tujuan solat sunat itu ialah untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan dari Allah swt bagi mengetahui di mana letaknya barang-barang sihir yang ditanam, bentuk barang sihir dan lain-lain lagi yang anda fikir perlu.
Baca surah al-Kautsar sebanyak tiga kali di dalam setiap rakaat ketika solat. Selepas solat teruskan duduk dan amalkan zikir-zikir seperti di bawah:
1. A’uu Dzubillaahi Minash Syaitoonirrojiim. Bismillahirrohmaanirrohiim – 3 kali
2. Astaghfirullaaha Rabbi, Lailaaha illallaahu, Muhammadur Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasallam – 10 kali
3. Subhaanallahi Walhamdu Lillaahi Walaa ilaaha illaahu Wallahu Akbar – 10 kali
4. Allah humma Solli A’la Sayyidina Muhammad Sollallahu A’laihi Wasallam – 11 kali
5. Surah Fatihah 7 kali (setiap kali ketika Anda sampai ke ayat Ihdinas sirataal Mustaqiim, baca sebanyak 7 kali. Seterusnya baca sehingga ke akhir ayat dan jangan lupa lafazkan perkataan Aamiin (seperti bacaan dalam solat).
6. Surah Al Ikhlas 3 kali.
7. Ya ‘Aalimu ‘Allimni, Ya Khabiru Akhbirni – 100 kali atau ikut kemampuan.
BACAAN DOA SELEPAS ZIKIR
=======================
Baca pembukaan doa seperti biasa kemudian:
“Ya Allah, hanya Engkau yang aku sembah dan hanya kepada Engkau tempat aku meminta pertolongan, hanya Engkau yg mengetahui segalanya dan hanya Engkau yang punya pengetahuan yang tidak terlihat.
Oleh kerana itu melalui kekuatan daya Engkau dan kekuasaanMu, hambamu memohon agar ditunjukkan penyembunyian apa jua bentuk benda/barang s1hir yang digunakan terhadap (aku,keluarga,nama orang yang sakit).
Ya Allah, berilah hamba-Mu petunjuk dan bantuan untuk menghancurkan mereka (penyihir dan yang menyuruh) sehingga kebenaran menang ke atas pendvstaan”
Baca doa di atas sebanyak 7 kali
Kemudian Baca:
ALLAH Humma Solli A’la Saiyyidina Muhammad Sollallahu A’laihi Wasallam – 11 kali
Tiupkan diri anda sebanyak 3 kali dan ke dalam beberapa air mawar atau minyak wangi kasturi (jika boleh yang telah diruqyah).
Jangan bercakap dengan sesiapapun dan terus tidur setelah membaca doa tidur, surah 3 Qul atau doa-doa yang lain. Kemudian bacalah selawat sehingga anda anda tertidur.
Selain itu, seeloknya anda memakai minyak mawar atau minyak wangi kasturi yang telah didoakan seperti di atas ke pakaian anda sebelum tidur.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts