Trending

Friday, 29 March 2019

WILD TYPE HYBRID BETTA siri 1 SPESIFIKASI PERTANDINGAN




WILD TYPE HYBRID BETTA - siri 1
- SPESIFIKASI PERTANDINGAN -
Pengenalan.
Assalamualaikum para2 peminat wild type hibrid betta sekelian.. saya harap ada sedikit masa untuk menghantar posting dalam kesibukkan yang melelahkan..
Mari kita bersama-sama berfikir sejenak.. mengapa meminati wild type betta, kenapa tidak modern betta. Jawapan sila simpan sendiri sahabat2 sekelian kerana saya akan berkongsi serba sedikit tentang spesifikasi pertandingan sempena dengan ONLINE COMPETITION yang dianjurkan oleh admin WBLM. Maka sila faham dan sebarkan pada kawan2 seperjuangan berkenaan spesifikasi ini.
Saya difahamkan oleh urusetia pertandingan atas talian ini hanya dibuka kepada betta dari splenden group dan smaragdina group. Jadi saya hanya akan menerangkan tentang spesifikasi pertandingan untuk ikan yang akan dipertandingkan sahaja.
Ada banyak perkara yang membezakan antara modern betta dan wild betta walaupun modern betta adalah dari grup yang sama iaitu betta splenden tetapi pembenihan secara 'selected breed' dan berulang2 antara spesis telah menghasilkan strain yang pelbagai dan jauh berbeza dari baka asli. Baka moden masih boleh disilangkan dengan baka asli sehingga menjadikan baka hibrid kelihatan lebih terampil.Namun suka saya ingatkan agar kita wajib untuk menjaga kelestarian spesis asli dengan tidak membuang hasil hibrid yang tidak terpilih ke habitat asal atau cuba membuat pembenihan hibrid di habitat semulajadi.
Pertama, mari kita sentuh tentang bentuk dan kondisi sirip yang wajib ada pada seekor wild type hybrid. Wild type hybrid mempunyai dua bentuk yang dipertandingkan iaitu yang berekor D dan juga SPADE. Setiap spesis mempunyai bentuk ekor khusus yang menjadi identiti kepada spesis itu sendiri. (Akan dijelaskan dalam siri 2). Bentuk badan perlulah memanjang dengan sirip ekor terbuka tidak berselisih dengan sirip bawah (anal fin). Namun, ekor wajib untuk overlap dengan layar atas (dorsal) serta ekor dan juga sirip (finnage) lebih besar daripada betta asli. Pecahan tulang pada ekor (caudal fin ray) hanya dihadkan kepada dua dan terpakai untuk apa jua spesis. Anal fin dan dorsal pula tidak ada pecahan hingga ke hujung.
Dari segi warna pula, kita hanya menerima warna asal sesuatu spesis bagi kategori pada nama spesis contohnya Hybrid Imbellis. Warna iridescent perlu stabil tanpa gangguan tona warna dan lebih tebal daripada baka asli.
Sila rujuk gambarajah untuk kesalahan umum wild type hybrid untuk semua kategori spesis. Selanjutnya akan diterangkan secara berasingan mengikut spesis.
Juga sila rujuk gambarajah bagi proportion atau kadar banding yang terbaik bagi wild type betta hybrid.
Bersambung...

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts