Trending

Thursday, 7 March 2019

DZIKIR SEPULUH


DZIKIR SEPULUH.
Inilah Hadiah dari Al-Habib Ali bin Hasan Al-Atthos untuk para kaum muslimin khususnya para Muhibbin. Satu Hadiah yang bermanfaat untuk dirimu dunia dan akhirat. Maka ambillah dia dengan kepercayaan dan keyakinan mu yang besar.
Sesungguhnya dia adalah jaminan Insurence sesungguhnya saat kau merasakan kepayahan dalam hidupmu. Dzikir ini akan membukakan semua kemudahan dan keluasan yang kau inginkan, memelihara dan menumbuh kembangkan kebaikan yang kau punya, melipat gandakan keberuntunganmu, menjauhkan darimu sesuatu yang menyulitkan dan yang akan menjerumuskan dirimu, dzikir ini akan menjadi pengawalmu saat kau sendirian dalam kegelapan, dzikir ini terdapat didalamnya Ismullahil A'dzhom. Inilah hadiah yang Agung itu…
ZIKIR SEPULUH :
بسم الله الرحمن الرحيم.
1.) Bismillahir rahmaanir rahiim. 100x.
" Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang." 100 x
الحمد الله رب العالمين.
2.) Alhamdulillahi Robbil ‘Alamiin. 100x.
" Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam." 100x.
لااله الا الله محمد رسول الله.
3.) Laa Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah. 100x.
" Tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad adalah utusan-NYA." 100x.
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد.
4.) Allahumma sholli ‘alaa Muhammadin wa ‘alaa ali Muhammadin. 100x.
" Ya Allah, limpahkanlah shalawat / kesejahteraan kepada Junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan kepada keluarga Beliau." 100x.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
5.) Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil 'Adzhiim. 100x.
" Maha suci Allah dan segala puji bagi-NYA. Maha suci Allah Yang Maha Agung." 100x.
استغفر الله العظيم واساله التوبة
6.) Astaghfirullahal 'Adzhiim Wa As-aluhut Taubah. 100x.
" Aku memohon ampunan dari Allah Yang Maha Agung dan memohon Taubat ( atas segala dosa ) pada-NYA." 100x.
اللهم انى اسالك فعل الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وان تغفرلى وترحمنى
7.) Allahumma Inni As-aluka Fi'lal Khoiroti Wa Tarkil Munkarooti Wa Hubbul Masaakiina Wa An Taghfirlii Wa Tarhamnii. 100x.
" Ya Allah, aku memohon pada-MU dapat mengerjakan kebaikan-kebaikan dan meninggalkan kemungkaran-kemungkaran dan mencintai orang-orang miskin agar Engkau mengampuni dan menyayangiku."
سورة الاخلاص
8.) Surah Ikhlas. 100 x.
( Membaca surat Al-Ikhlas. 100 x )
حسبنا الله ونعم الوكيل
9.) Hasbunallahu Wa Ni'amal Wakiil. 100 x.
Cukuplah Allah bagi kami sebaik-baik Pelindung. 100 x.
اللهم صل على محمد النبي الامى وعلى ال محمد وسلم
10.) Allahumma sholli ‘alaa Muhammadin nabiyyil ummi wa ‘alaa ali Muhammadin wa sallim. 3 x.
" Ya Allah limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad SAW, Nabi yang Ummi dan berilah keselamatan atas keluarga beliau." 3 x.
Dikatakan oleh beliau Al-Habib Ali bin Hasan Al-Attas ( Shohib Masyhad Bahrain ) dalam Kitabnya ‘ Al-Qirthas, Syarah Ratib Al-Attas ‘ bahwasanya kesepuluh zikir ini adalah amalan tetap beliau. Dan dengannyalah beliau memperoleh apa yang didambakannya. Dan dijadikannya amalan ini sebagai suatu
" Hadiah "‘ dari beliau untuk mereka yang mahu mengamalkannya suatu Ijazah dan izin bagi siapa saja yang berminat terhadapnya (Amalan ini). Siapa saja diantara mereka baik saudara dan pengikut yang mencintai beliau ataupun mereka yang membenci dan memusuhinya.
Ketahuilah bahwa sepuluh zikir ini adalah termasuk dari zikir-zikirnya para Al-‘Ubbad dan Az-Zuhhad, didalamnya terdapat fadhilah dan faedah yang besar sekali serta memiliki keistimewaan tersendiri. Bagi mereka yang telah memeliharanya menurut tertib membacanya yaitu setiap hari setelah sholat Subuh dan sholat Maghrib jumlah mereka telah banyak sekali. Dan kesemua mereka itu adalah Ahlil-Fadhel dan As-Sholihin, yang telah mengetahui rahasia tentang kelebihannya.
Mereka telah menggunakannya dengan niat untuk meminta keluasan rezeki, melepaskan kesulitan, melindungi diri dari musuh, menghindarkan bahaya, menangkal sihir dan gangguan jin serta mengobatinya, menundukkan semua makhluk, minta pemeliharaan dalam arti menyeluruh sekali rangkap yaitu untuk diri sendiri juga untuk semua keluarga agar turut termasuk dari segala gangguan yang zahir mahupun bathin, termasuk harta benda mereka, beserta keamanan keadaan lingkungan dimana mereka berada agar semuanya senantiasa dalam keadaan keamanan, kebahagiaan, kemakmuran, kedamaian, dalam arti seluas-luasnya dan jangkauan yang sejauh-jauhnya.
Dan ternyata ke semua itu terbukti dan demikianlah yang mereka dapatkan diantara hasilnya di dunia ini. Dan itu semua masih sangat sedikit kerana faedah tersebut hanyalah untuk di dunia namun faedahnya untuk akhirat hanya Allah sajalah yang mengetahuinya dengan sebenarnya dan yang dapat menghitungnya.
( Al-Qirthas, Syarah Ratib Al-Attas. )
SELESAI..
SEKIAN DAHULU...
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita dan keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts