WASIAT RADEN PURBA JAYA di dalam KITAB HAKIKAT INSAN
“Bongsu, aku tegaskan kepadamu apa sahaja yang ada padaku adalah sama dengan ilmu yang ada pada dadamu, pegangilah ianya walaupun sejuta manusia menuduh kamu kafir, gila dan fasik, sesungguhnya ilmumu dan ilmuku adalah benar benar warisan keturunan kita dan warisan guruku Tok Kenali dan Tok Kemuning. Sesungguhnya aku warisi ilmuku ini dari pada moyangmu dan aku tokok tambah didalam pengajianku dengan guru guru yang lain. Jikalau Tok Kenali salah, apa sahaja yang ada pada dadaku dan dada mu adalah salah, maka biarlah salah sekalipun asalkan ianya ilmu Tok Kenali dan ilmu moyangmu (Raden Warjono) serta keturunan kita, sebarkanlah ilmu Tuhan ini kepada keturunanmu dan manusia sejagat”
“Sebagai dalil kebenaran kata-kataku ini, perhatikanlah saat saat kematianku. Diantaranya peristiwa peristiwa anih, pertama aku akan menghembuskan nafas terakhirku setelah sahaja masuk waktu isyak hari sabtu. Kedua, kuburku akan mempunyai pasir sedangkan tidak logik bagi tanah kubur kampung kita ini berpasir. Ketiga, aku akan menunjukan kepadamu kesaktian Tuhanku ketika menghantarmu kestesyen kereta api untukmu ke Universti, jika ketiga tiga peristiwa ini tidak berlaku, maka sesungguhnya kutegaskan bahawa segala ilmu yang ada pada dadaku adalah salah dan tentu akan menjadi manusia terhina di alam baqa nanti, maka kuwasiatkan kepadamu, jika hal demikian tidak berlaku, kau kencinglah dinisan sebelah kakiku, kau beraklah diatas kuburku setiap pagi isnin dan jum’at selama tujuh keturunan, Ingat wasiat ku ini. Jika hal ini benar berlaku, maka pegangilah ilmu yang ada pada dadamu walaupun sejuta manusia mengatakan kamu kafir, gila dan fasik.Inilah penegasanku wahai cucuku Bongsu,aku yakin dengan ilmuku dan kau saksikanlah sendiri, Semoga Allah meredai kita bersama.
Datukku yang kukasihi Sebagai pengetahuanmu, segala penegasanmu disaat kematianmu sememangnya berlaku, aku tidak ada syak lagi dihatiku tentang kebenaran wasiatmu, kutegaskan kembali kepadamum, walau sedunia manusia menyatakan aku kafir, gila dan fasik. Biarlah aku kafir, gila dan fasik bersama sama denganmu dan gurumu Tok Kenali. Sebagai pengetahuanmu sesudah hilangnya mu didunia fana ini dan bagi meneruskan perjuangan mencari Allah dan Muhammad, aku telah pun menjelajahi seluruh tenggara asia dimasa masa kelapanganku untuk bertemu dan bertanya kepada guru guru hakiki dan makrifat bagi tujuan mendalami ilmu tasauf ini, hampir 12 tahun rasanya aku bertindak sedemikian, Tok Guru mana yang tidak aku temui, Tok fakir mana yang tidak kutemui, orang gila mana yang tidak kutemui, semuanya aku cuba sedaya upaya menemui mereka dan bertanya tentang ilmu pegangan mereka (ilmu tasauf)
~Raden Purba Jaya ~ Haji Ahmad Laksamana~
Salam dari Indonesia masihkah ada keturunan nya hingga sekarang,
ReplyDelete